Friday, November 16, 2012

Wahai ukhti!

Wahai ukhti ,

jika engkau rasa gelisah , bagaikan seluruh masalah di dunia ditujukan kepada engkau , berpalinglah darinya . bukan lari . Pandang seketika pada helaian itu . Helaian kata-kata cinta yang agung dari pemilik yang Maha Agung , Allah s.w.t .

Kitab ini tiada keraguan padanya , petunjuk bagi mereka yang bertaqwa [Al-baqarah,2:2]

Wahai ukhti tercinta ,

janganlah engkau gelisah dengan cubaan masalah yang diberikan itu , hakikatnya , cubaan dan rintangan itu , tanda cinta-Nya pada hamba-Nya , engkau wahai ukhti .

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami beriman" dan mereka tidak diuji? [Al-ankabut,29:2]

Duhai ukhti tercinta ,

tahulah engkau , Allah itu Maha Adil . Dia tahu apa engkau mampu . Dia arif apa yang engkau gentar . Dia Maha Tahu segalanya . Bersabarlah sayang!

Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya . Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya . [Al-baqarah,2:286]

Duhai ukhti tersayang ,

Teruslah bersabar sayang . Walaupun engkau rasa tak tertahan peritnya . Aku , engkau pengikut jalan para Rasul , wajar dihembat cubaan rintangan , tapi kita bukan pengikut yang mudah mengalah . Bukan yang mudah tertewas . Bukan yang mudah berganjak pergi . Sebab , jalan ini jalan para Rasul yang dicaci dimaki . Jalan yang penuh ranjau duri . Namun , akhirnya , Allah s.w.t janjikan syurga-Nya wahai ukhti!

Sesungguhnya orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka , maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati ; dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan kepadamu" [Fushilat , 41:30]

Wahai ukti tercinta ,

Teruslah bersabar sayang . Saat engkau tertekan dengan mehnah dunia yang pelbagai , kembalilah kepada-Nya . Fikirkan kembali , apakah yang sedang kita lakukan ini kerana Allah ?

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada . Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan . [Al-hadid , 57:4]

Wahai ukhti yang dikasihi ,

Teruslah bersabar sayang . Tiada apa yang mampu aku lakukan untuk-Mu sayang . Sungguh , aku jua insan yang kerdil . Di luar tampak hebat , di dalam bagaikan kain buruk . Tapi , kerana aku saudara engkau , engkau saudara aku , seperti kita bersaudara bersama orang-orang Palestin , Syria , Rohingya aku akan terus bersama engkau ukhti!

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur , seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh . [As-saff , 61:4]

wahai ukhti yang dicintai ,

Pintalah rasa ketenangan itu . Pinta pada yang Maha Satu . Pintalah melalui solat dan sabar . Terusah bersabar sayangku!

Wahai orang yang beriman , mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat , sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar . [Al-baqarah , 2:153]

Duhai ukhti ,

tiada kata azimat yang mampu kuberikan . Tiada apa yang mampu aku lakukan . Moga apa yang aku nukilkan , mampu mengubat hatimu yang terluka dengan dunia . Namun ukhti , pintaku , biar badai melanda , biar taufan mengganas , tetapkanlah hatimu bersama-sama kami . Bersama-sama keluarga ini . Bersama-sama dalam gerabak tarbiyah ini . Kerna , dengan ini para sahabat mampu berjuang , mampu hidup , mampu keluar dari jahiliyah . Peganglah tanganku , ayuh kita melangkah bersama-sama . Jangan takut ukhti ku sayang , aku sentiasa ada untuk engkau sehingga saat Izrail mencabut nyawa dari tubuhku . Aku cinta engkau ukhti .


Allah sentiasa ada sayangku .

Wednesday, November 14, 2012

Langkah Ini (part 2)

     "kakak , pergi panggil adik-adik kat atas turun makan. Dah tengahari dah ni"

     "Baik mummy!"

       "Alang! K.teh! turun!"

      "Ya Allah . janganlah menjerit kakak oi . Pergi naik atas kejut adik-adik elok-elok "

     "Hehe . Baik boss!"

                                    *************************

     "Mummy , mereka tidur lagilah"

     "La , penat sangat kot "

     "Mummy pergi mana dengan adik-adik pagi tadi ?"

     "Pergi jogging kat Tasik Putrajaya . Usrah kakak pagi tadi macam mana?"

     Sambil menyusun pinggan di atas meja makan dia menjawab ,

    " Seronok sangat! Sebelum tidur ada macam sesi pillow talk . Best dapat luahkan perasaan dengan naqibah , dengan usrahmate . Lepas tu tidur , then qiam . Lepas qiam baca ma'thurat , lepas tu baru buat usrah . Best sangat malam tadi!"

     Terserlah kegembiraan dari raut wajahnya yang manis itu. Ya Allah , moga anak daraku ini menjadi srikandi Islam . Amin .

    "Apa yang kakak bincangkan dalam usrah tu ? Share lah dengan mummy"

    "Pasal dakwah Rasulullah . Mummy nak tahu tak ... "

    "Nak"

     "Mummy ni ..."

    "Hehe . OK Ok . Letak lauk ni dulu kat meja depan "

    "Ok!"

     "Mummy dengarlah kakak nak cerita ni .." Muncungnya sedepa .

     "Ye , mummy dengarlah ni"

     "Rasulullah duu bermati-matian pertahankan agama Islam ini . Sahabat-sahabat Nabi pon macam tu juga . Masa tu solat mana ada lagi , tapi mereka yakin dengan agama ini . Mereka kena seksa pon sebab mengucap dua kalimah syahadah je . Just with syahadah but they really really believe in Allah . Subahanallah! Rasa malu sangat mummy"

     "It's ok sayang . Jadikan itu pelajaran pada diri kita . Bersyukurlah dengan nikmat keimanan yang Allah kurniakan ni ." Sambil ku pegang kedua-dua bahu Kakak .

    "Kakak tahu tak yang kita beruntung sangat-sangat dengan syahadah kita ni , especially bila kita faham syahadah ni"

    "Untung macam mana mummy?" dahinya sedikit berkerut .

    "Iya lah . Rasulullah pertahankan sebab Allah dah janji ganjaran yang besar kepada sesiapa yang berada dalam jalan menuju-Nya . Syahadah yang kita ucap tiap-tiap hari tu ajar kita untuk beribadah semata-mata kerana Allah . Buat apa saja kerana Allah . Then , ajar kita supaya menjadikan Rasulullah tu role model kita . Rasulullah itu contoh terbaik tahu ? Contoh terbaik dalam pimpinan negara , dalam berkeluarga , dalam bermasyarakat dan dalam membentuk hamba Allah yang terbaik ." Ujarku oanjang lebar . Anak daraku khusyuk mendengar .

    "Wah! Kalau kita faham erti syahadah ni mesti kita sentiasa berusaha menjadi muslimah yang terbaik di mata Allah kan mummy?"

     "Bijaklah anak dara mummy ni" kataku sambil mengusap kepalanya .

      "Hehe . Berkat setiap hari makan makanan mummy kot" Senyumnya . Seorang lagi permata hatiku .

     "Kakak , bila kita sedar kita ni hamba Allah sepatutnya kita jaga hubungan dengan manusia juga . Syahadah ni bimbing kita menjadi hamba dalam setiap aspek hidup . So , pergi kejut adik-adik bangun . Kejut elok-elok ye . Jaga hubungan dengan manusia . Hehe"

    "Mummy kenakan kakak ye" sekali lagi muncungnya sedepa . Dia berpaling , berjalan menuju ke arah tangga . Tapi , langkahnya terhenti .

      "Mummy , bila daddy balik?"

      " Esok sayang" sambil mengemas dapur yang digunakan untuk memasak tadi .

      "Daddy buat apa kat Aussie , Mummy?"

     "Dia kasi pengisian Ini Sejarah Kita kat junior-junior dia kat sana"

     "Owh"

      "Pergi kejut adik-adik la . Kesian mereka . Mesti lapar"

     "Baik mummy sayang!" sambil berlari menuju ke bilik Alang dan K.teh .


Ya Allah , berkatilah keluarga kami . Moga kami terus bersama sehingga ke syurga . Amin . Pintaku . Harapanku . Impianku .




NAJLA

p/s : bahan dicetak rompak dari Majalah JOM! edisi 1!

p/ss : special buat adik-adik yang sedang berholiday di rumah masing-masing ! senyum lebar sampai telinga .

Langkah Ini (part 1)

       "Alang , K.teh , pegang tangan mummy elok-elok . Nak lintas jalan ni . Bahaya "

      "Baik mummy" Serentak .

       Pagi yang indah itu ku pilih untuk beriadah bersama anak-anakku yang masih kecil . Kasihan melihat mereka terkurung di rumah pada hujung minggu berdua . Rumah yang selalunya riuh dengan gelak tawa senda gurau enam beranak terasa sunyi apabila hanya tiga sahaja yang tinggal . Si Abang keluar berjihad . Daripada bersenang lenang di rumah dia memilih untuk mengikuti misi Aqsa2Gaza ke Palestin . Jika dia syahid di situ , aku , sebagai ibu rasa bersyukur tak terhingga . Punya mujahid . Si Kakak , baru habis SPM . Bermalaman di rumah naqibahnya . Qiamullail . Usrah . Ya Allah , hanya ini yang mampu aku persiapkan untuk agama-Mu . Menyediakan srikanda dan srikandi Islam .

    "Mummy , kita nak jogging ke ni?" Alang bertanya . Sedikit masam . Masih mengantuk agaknya .

    "Yup anak mummy," aku tersenyum padanya .

    "Bestnya joging pagi-pagi!" K.Teh bersuara gembira .

    "Jom anak-anak mummy!"

                                  *************************

     "Mummy ..."

     "Ye sayang ?"

     "Penatlah . Kita duduk kejap boleh ?" Alang tercungap-cungap .

     "OK . Kita duduk kat tepi tasik tu ye . Jom K.teh " sambi ku pinpin tangan kedua-duanya . Jarang keluar beriadah menjadikan tubuh ini senang keletihan .

     "Mummy , tadikan masa joging kenapa Mummy senyum kat semua orang ? Mereka kawan Mummy ke? " K.teh , jarang sunyi daripada pertanyaan .

     " Taklah . Mummy tak kenal pon mereka . Mummy senyum sebab senyum tu kan sedekah . Lagipun , Alang dan K.Teh suka tak kalau ada orang senyum kat kita ?"

      "Suka!" Serentak .

      "Rasa best je tengok orang tersenyum " K.teh tersenyum . Terserlah lesung pipit di pipi montelnya itu .

      "Tapikan mummy , bolehkah senyum kat orang bukan Islam . Tadi masa aunty Cina tu lalu , alang tengok mummy senyum kat dia . "

      "Not a problem my son . Kita kena buat baik dengan semua orang . Kita , orang Islam kena jadi contoh yang baik pada semua orang tak kira Muslim atau tak . " Bangku di tepi tasik menjadi pilihan kami berehat seketika . Sambil duduk memerhatikan itik angsa di tengah tasik . Janganlah ada yang datang menyudu .

      Alang mengambil batu di tepinya . Ditujunya ke sekawanan itik di tengah tasik . Balingannnya tak mengena . Heh . Balingannya tersasar . Terserlah ketidakpuas hatinya .

     "Nasib baik tak kena itik-itik tu . Hehe " K.teh gembira .

     "Eish!" Alang mencemik .

     "Mummy , apa bezanya orang Islam dengan orang tak Islam ?" K.teh bertanya . Tepat apabila sepasang gadis bangsa Cina melepas mereka .

    "Cuba anak-anak mummy teka " kataku sambil tersenyum . Inginku terapkan dalam diri anak-anakku minda yang proaktif . Berfikir mencari penyelesaian .

     "OK , biar alang teka dulu . Orang bukan Islam tak pakai tudung macam mummy dengan k.teh . Betul tak mummy ?"

    "Orang bukan Islam tak pergi masjid macam kita ! " K.teh jawab dengan penuh keterujaan .

    " Hehe . Dua-dua jawapan anak mummy betul . Tapi yang penting beza antara kita dan mereka ialah mereka tak ucap 'asyhaduallah ilaha ilallah , wa asyhadu anna muhammadarrasulullah' . Sebab syahadah ini pintu masuk agama Islam kita ni"

     "Kenapa mereka tak nak ucap mummy ?"

     "Sebab tak de orang ajar diorang kot Alang .."

     " Sebab , diorang tak faham dan tak tahu . Kalau mereka faham erti syahadah tu mesti mereka dah berubah . Macam Saidina Umar . Sebelum jadi Muslim dia garang sangat , siapa tentang dia akan dibunuh . Tapi , lepas ucap syahadah , lepas jadi Muslim lagi Mukmin dia terus berubah . Berubah menjadi orang yang bertaqwa ."

     "Owh , jadi kita kena ajar aunty-aunty tu syahadah la ye mummy?"

     "Ye K.teh . Bukan sekadar ajar , kita kenakan kasi mereka faham erti syahadah ini . Sebab ada je orang Islam ucap syahadah tapi tak mencerminkan ajaran Islam yang sebenarnya ."

      "Maknanya mummy , bila dah faham syahadah diorang akan jadi orang Islam yang sebenarlah ye mummy ?" Alang , usia baru mejangkau 12 tahun sudah mua berfikir seadanya .

      "A'ah Alang . Diorang akan buat apa yang Allah suruh . Tinggal apa yang Allah larang . Cuba bagitahu mummy apa yang Allah suruh buat?"

      "Erm , solat !"

      "Pakai tudung macam K.teh pakai ni. Hehe" sambil memegang tudungnya . Keletahnya mencuit hatiku .

     "Pandailah anak-anak mummy ni . Ni yang mummy sayang sangat-sangat ni . Dua-dua betul . K.Teh , Allah suruh tutup aurat bukan sekadar pakai tudung je . Maksudnya , selain pakai tudung kenalah pakai baju yang longgar , tak jarang dan tak sembur minyak wangi lima botol sampai satu sekolah boleh bau"


     "Hahaha!" Tergelak kedua-duanya . Tenang rasa hati melihat senyuman keduanya . Qurratu aini . Penyejuk mataku .

      "Mummy . Alang laparlah . Jomlah balik "

      "A'ah lah mummy . K.teh pon dah lapar ni"

     "Baiklah . Jom balik ."

      "Siapa sampai kereta dulu dia menang!" Alang menjerit sambil berlari ke arah kereta .

     "Tak aci! Alang dah lari dulu!" K.teh mengikuti dari belakang .

      "Hati-hati nak!"


bersambung di part two .

NAJLA




Monday, November 12, 2012

yeah! Konvo!

       Usai menunaikan solat isya' aku terduduk seketika di atas tikar sembahyang ini . Kepalaku tertunduk ke bawah . Mata terkatup rapat . Mulut terus beristighfar . Di layar minda tergambar peristiwa siang hari tadi . Terus beristighfar . Begitukah bakal pemimpin negara ini ? Dan , begitukah ummat yang dikatakan ummat yang terbaik ? Istighfar lagi . Keluh besar .

      Gambar-gambar kenangan siang hari tadi masih berlayar kencang di kotak mindaku . Keletah adik-adikku yang masih belum mengerti betul dan salah menarik layar minda ini . Rancaak mereka menari mengikut reantak 'Dhumma Challe' . Lepas itu , sepasang kekasih kanak-kanak menyanyi sambil menari lagu '{erk , saya tak tahu tajuk lagu tu .. alhamdulillah! }' . Eh , goyang sakannya adik-adikku ni . Eh , eh .. lagu Nirmala la plak . Comelnya tengok adik-adikku yang tak sampai pon umur 7 tahun menari ni . Aku tersenyum . Ada juga aku ketawa . Comel melihat mereka . Melihat keletah mereka menari . Erk ?

      Berada dalam Majlis Konvokesyen adik-adikku comel ni buat mulut aku ternganga luas . Badak sumbu pon boleh masuk . Saat cabutan bertuah , ibu bapa yang terpilih dipanggil ke atas pentas dan , dan , dan , dan dipersilakan menari macam anak-anak mereka menari tadi . Erk . Aku ? Aku , aku , aku rasa macam nak pergi kat pengacara majlis tu dan campak dia ketepi . Biar aku yang mengacara . Oh , itu apa yang aku rasa sahaja . Selebihnya aku hanya mampu istighfar dan keluh panjang pendek je . Lemahnya aku . Allahu .

     Penyelia Taska ****** ###### siap cakap "Oh , anak-anak kita ni . Mereka hanya perlukan 3 minggu sahaja untuk latihan menari " Dan . Saat itu . Aku . Rasa . Macam . Nak . Meraung! Ini rupanya apa yang adik-adikku buat kat taska . Ini rupanya yang diajar di taska . Patutlah balik mulut asyik terkumat kamit menyanyi . Puas aku fikir manalah diorang dapat tahu wujudnya lagu tu . Lagu Sami Yusuf yang aku buka tiap-tiap hari takde pulak mereka menghapainya .

       Nak salahkan budak-budak yang hingusan tu memang tak patutlah . Hingus sendiri pon orang lain bersihkan . Eww . Then , nak salahkan siapa ? OK , sini bukan Dewan JKKK nak main tunding-tunding jari salahkan orang lain . Bukan juga agenda Iluminati . But , maybeeee ..

      Ibu bapa riang ria saja melihat anak-anak mereka . Tak kisah anak mereka bergoyang sakan atas pentas . Mekup fuhhhh! macam artisssss . Betapa budaya cintakan Quran eh , salah , budaya cintakan hiburan cuba ditanam ke dalam diri jiwa-jiwa yang suci bersih murni ini . Maka , janganlah terperanjat kalau rancangan hiburan macam Bintang Kecot , Idola Kecoh tumbuh bagaikan lumut di batu-bata sungai . Banyak . Berlambak . Menyampah .

 Oh My Ummah!

   Usai majlis tari menari , eh , konvo adik , si adik pantas mendapatkan aku . Melihatnya tenggelam dalam calitan bahan-bahan kimia berwarna-warni membuatkan ku geram .
 
     "Adik , pergi basuh muka tu . Dah tak comel la pakai makeup ."
 
     "Alaaaa , taknak . Adik nak biarkan je macamni "

    Saat itu aku tersentap . Geram . Nak marah ke ? La taghdob!

    " Adik , Allah tak suka tau orang yang pakai-pakai makeup ni . Tak ori . Allah nak yang ori je masuk syurga Dia . Adik nak masuk syurga x?"

    "Nak!"

    "ok , pergi basuh muka"

   "taknak"

   Aissssh ..

   Betapa hebatnya budaya hedonisme kat Malaysia ni sampai adikku pon join the club . Sabar .

    Apa salah ke kalau nak berhibur sekejap . Bukannya berjoget , bergoyang 24 jam , 7 hari pon . sekali sekala je . Buat lepas tension . Eh , tak salah pon . Tak salah kalau dengan buat macam tu makin dekat dengan Allah . Makin terasa cinta kepada Allah . Makin rasa mati itu sentiasa ada dan dekat . Ada kah macam tu ?

   Pening kepalaku . Hiburan itu melalaikan bila kita lupa tanggungjawab kita . Lupa kerja sebagai anak . Kakak . Pelajar . Dan yang penting , sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi ini .

    "Ya Allah , berilah kekuatan kepadaku dalam mendidik adik-adikku . Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah . Moga mereka menjadi pejuang agama-Mu . Moga mereka menjadi pembela syahadah ini . Makbulkanlah doaku Ya Allah! " Kelopak mata tidak lagi mampu menahan deras air mengalir . Sedih dengan keadaan ummah . Sedih kerja dakwah ini masih banyak tapi banyaknya masa aku leka dan lalai .

   Banyak ingat mati banyak langkah kau akan jauh dari hedonisme .

NAJLA

Tuesday, November 6, 2012

origami

      Nafasku tercungap - cungap . Beg yang kesandang ku letak ke tepi . Terasa lelah . Terasa lemah . Terasa penat . Tubuh badanku bagaikan menjerit - jerit kesakitan . Lenguh . Tidak kesempatan untuk membelai diri . Kelas sana . Kelas sini .

      "Betulkah apa yang aku buat ni?"
      "Penatlah!"
     
      Aku , terus bermonolog . Bermain kata seorang diri dalam diri .Kepenatan bermain karakter sabagai seorang pelajar di universiti tertua di Malaysia membuatkan aku sering lelah . Sering sakit . Sering lelah dalam mengingati Allah . Sering sakit dalam mengingatkan manusia sekeliling bahawa Islam bukan sekadar solat , puasa , zakat dan haji . Tapi , Islam adalah cara hidup . Cara bergaul . Cara berpolitik. Cara memerintah . Cara hidup manusia .

     "Hurmmmmm , pergi jelah . Moga Allah redha "

     Rasa penat di tolak ke tepi . Semangat berukhuwwah ditanam kembali ke dalam hati . Kaki yang berat tadi kini laju melangkah .

    "Moga Allah redha "

                                      * * *

     "JOM! Jom berhenti kat pondok depan tu!" K.Ein bertutur setelah sampai tempat yang di tuju , Tman Jaya , PJ .

     "Apalah akak ni nak buat . Malas nyeeeeee.." Aku terus mengomel . Cuma , sekadar di dalam kalbu .

    "OK . Sekarang akak nak adik-adik buat origami untuk akak boleh x?"

   "Origami ?" Dahlia terkesima .
 
    "Ha!?" Seroja bingung .

    "Alaaaaaaa .. tak reti lah " Aku , Mawar , terus mengomel .

     "Dlam masa 2 minit buatlah apa2 origami untuk akak ye adik-adik" kata K.Ein sambil buat muka comel . Heh .

     "Mesti ada muslihat nak kenakan kitaorang la ni " bisik hati kecilku . Aku lihat Dahlia buat origami kapal . Erk , bolehlah , ada rupa kapal . Sama saja dengan Seroja . Aku je lain . Kapal pejuang version kertas A5 . Power kan aku ? Heh .

  "Kak , ni nak buat apa ni?" Dahlia tak puas hati .

    "He he he , cuba teka " K.Ein masih berteka teki .

Seroja ,"Ni nak jual!"

Dahlia , "Ni nak buat kitar semula!"

Aku , " Tahu tahu! Ni , ni , ni .. ntah la.. takde idea la kak"

K.Ein , "Ceyh! tak produktif langsung adik-adik aku ni!" sambil muncung 3 depa .

      "Orang yang bijak akan belajar dari setiap benda atas bumi ni "

     Aku , Dahlia , Seroja berkerut muka .

    "Aik , dengan origami pon boleh jadi bijak ke? "


                                     * * * * * * *

Handbag Todds kucampakkan ke atas katil . Badanku terus terbaring lesu . Namun , otakku masih gigih memproses . Memproses origami untuk disemat dalam hati . Untuk digerakkan dengan tangan dan kaki . Buku merah hati segera kucapai . Origami ..

ORIGAMI
Origami itu ibarat manusia ...
Origami itu peru dibentuk...
Manusia jua perlu dibentuk ...
Origami perlu pada ilmu ...
Manusia jua perlu pada ilmu ...
Origami perlu diperelokkan ...
Manusia jua peru diperelokkan ...
Origami perlu pada tujuan ...
Manusia jua perlu pada tujuan ...
Origami punya matlamat ...
Manusia jua perlu pada matlamat ...
Tanpa kertas , tiada origami ...
Tanpa ilmu , tiada manusia ...
Tanpa lipatan , tiada origami ...
Tanpa Allah , siapa manusia?

   Aku terfikir ,'nak buat origami yang cool pon kena ada ilmu dan berlatih banyak kali . Bukan senang pulak tu . Same goes with me . Nak ikut jaan ke syurga mana ada shortcut atau red carpet . Ia ada banyak halangan . Tapi , halangan itu yang menjadikan aku terus cool dan se'smar' origami ni'


                               * * * * * * * * * * 

     Origami yang hebat tak terhasil dengan sendiri . Ia perlu kertas yang tebal . Ilmu yang pekat dan yang penting , orang yang membuat .

    Kegemilangan Islam takkan berlaku dengan sendiri . Ia perlukan Muslim2 yang kuat . Yang pekat di dada Al-Quran dan As-Sunnah . ia perlukan orang yang menggerakkan Islam dalam kehidupan hari-hari . Yang juga membentuk orang lain selain membentuk diri sendiri .

      Rasa penat menghilangkan diri . Aku adalah orang Islam . Hidup aku berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah , Aku bukan muslimah yang lembik . Bukan musim yang pengecut . Aku pejuang agama ini . Kau?



origami = kertas + ilmu + tangan pembuat



muslim = tarbiayh(pendidikan) + Al-quran , assunnah + murabbi (ketua)


P/s : dah lama tak menulis .. ayat dah tunggang langgang .. 

NAJLA

Thursday, October 11, 2012

Pencinta Yang Rugi

         Seusai kelas terus aku menuju pintu . Hendak segera keluar . Hendak segera bertemu . Hendak bertemu kekasih hati . Sering aku abaikan kekasih hati ku . Kata sayang , tapi jarang menyayangi . Kata cinta , tapi kurang menzahirkan cinta . Oh , aku kekasih yang teruk . Tapi , aku pencinta yang setia . Kekasih , jangan kau tinggalkan aku!

       Saat di luar kelas , aku lihat langit berwarna kelabu . Tanda langit hendak menangis . Langit , kenapa kau seperti aku? Tapi , langit menangis beri tanda rahmat kepada penduduk planet Bumi . Aku ? Jika aku yang menangis? Ah , aku harus segera , aku ingin bertemu kekasihku . Ingin aku luahkan rasa gundah gulana di hati kecilku.

      Langkahku bagaikan tidak berpijak di bumi . Sebelum kolam air mataku menumpahkan isinya baik aku segera berjumpa cintaku . Ke tepi ! Ke tepi! Ke tepi halangan dan dugaan . Aku lihat ramai berpusu-pusu ke arah seperti ku . Pemandangan yang cantik , tapi , ah! Aku mahu berdua saja dengan cintaku . Bangunan berkubah hijau terus aku redah . Mahu jumpa dengan si dia di dalam .

     Wajahku aku perelokkan . Pakainku aku perkemaskan . Aku terus berdiri tegak . Mahu ketemu dia . Yang ku rindu . Yang ku cinta . Yang ku serahkan jiwa raga . Kepada Dia , Allah pemilik seluruh alam . Ingin ku berdua di dalam solat ku . Allahuakbar! Allah Maha Besar!

    Saat aku gembira , sering aku terlupakan Dia .
    Saat aku beramai , sering aku terlupakan Dia .
    Tapi ,
    Saat aku terjatuh , baru aku teringat Dia .
    Saat aku kedukaan , baru aku teringat Dia ,
    Saat aku gelisah , baru aku teringat Dia ,
    Ya! Aku pencinta yang teruk!

Ya Allah . yang membolak balikkan hati ini , tetapkanlah aku dan rakan-rakanku dalam agama Mu ini  , maafkan aku yang sering terlalai atas tugasku , yang sering terhanyut dalam keseronokan dunia sementara .


#najla : gelisah . jiwa kacau . ada kerja tapi tak buat . ada tanggungjawab tapi tak jalan .

Friday, June 15, 2012

Kembara Cinta Kampus


KEMBARA CINTA KAMPUS
Dadanya berombak kencang . Nafasnya menderu deras . Semangatnya tinggi melangit .
“Never underestimate the power of making connections and building relationship with people before asking them to follow you!”
Bersemangat ku lihat motivator itu berkata-kata .
“Leaders touch a heart before they ask for a hand”
Setiap bait kata-kata motivator itu memberi kesan ke dalam benak fikiranku . Ahh , sebaik sahaja aku jejakkan kaki di kampus nanti akan aku praktikkan . Aku ingin mengajak manusia berada dalam kebaikan amnya dan kembali mengamalkan Islam sebagai cara hidup khususnya .
            Terik mentari di luar jendela salah satu kelas di AL-Amin Gombak tidak mematahkan semangatnya untuk terus setia mendengar bait-bait kata motivator itu . Orangnya yang tinggi berbadan sedikit gempal terus menarik minatnya menjadi orang Islam yang sentiasa mengajak kearah kebaikan setiap masa . Sungguh aku merindui keadaan di mana islam dipraktikkan dalam segala aspek . Bukan sekadar solat , zakat , puasa dan nikah . Semangat!
***
“Pertama kali saya melihat kamu , saya dapat lihat ada potensi dan bakat yang pada diri kamu . Saya yakin kamu boleh berjaya suatu hari nanti” ujar Ustaz Saiful Islam . Lembut sahaja kata-katanya . Persis seorang abang yang kasih akan adiknya . Ahh , kalaulah aku ada abang , bolehlah aku jadikan tempat mengadu meminta kasih sayang . Ya Allah , aku nak abang!
“Kamu ada berapa adik beradik?”
“Lapan” perlahan sahaja aku menjawab . Masih cuak berdepan dengan pensyarah subjek Kemahiran Al-Quran aku ini , walaupun tutur katanya lembut bersahaja . Lumrah orang yang bersalah . Tiada kekuatan berdepan kebenaran . Aku terperangkap dalam lumpur yang aku calit sendiri ke badanku .
“Kamu anak ke berapa? Jangan takut . Anggaplah saya seorang abang yang sedang membantu adiknya” Mungkin reaksi aku terlalu nyata .
“Sulung”
“Berat tanggungjawab sebagai anak sulung . Kamu menjadi harapan tertinggi kedua ibubapa kamu . Adik-adik melihat , mengikuti jejak langkah kamu . Jika kamu terus begini rasanya apa yang ibu bapa kamu akan rasa?” Hatiku pedih . Kebenaran sungguh menyakitkan . Tak tertahan sakitnya .
“Nanti mereka sedih”
“Kamu sanggup lihat mereka sedih?”Soalan cepumas .
“Tak…” Perlahan aku menjawab . Kolam airmata mula mencurahkan isinya .
“Saya tak memaksa kamu . Saya cuma minta kamu fikirkan yang terbaik buat kamu , ibu bapa kamu , keluarga kamu dan masa depan kamu . Hidup bukan setakat di sini . Realiti kehidupan masih panjang lagi . Pilihlah yang terbaik . Yang baik untuk kamu , agama , keluarga dan juga si dia”
“Jika ada apa-apa masalah janganlah malu untuk bertanya kat saya . Anggap saya abang kamu” Ya Allah , wujud lagi rupanya insan yang berhati mulia . Insan yang sanggup membantu orang lain yang tiada pertalian darah , hanya pertalian pensyarah dan anak muridnya saja .
Ya Allah , aku teringin miliki seorang abang . Agar waktu-waktu sesak begini dia hadir menemani ku . Melindungi aku dari sebarang cinta ilusi . Menghulurkan bahunya untuk aku mengalirkan kolam air mata . Kenapalah aku sering ada masalah . Aissshhh .
Langkahku lemah saat keluar dari bilik pensyarahnya itu . Pensyarah muda . Ramai anak didiknya yang tergila-gilakan dia . Punya pakej yang lengkap . Rupa paras yang menarik , tinggi lampai , extranya , mahir bertarannum . Nasib sudah beristeri . Mungkin untuk menghindarkan fitnah .
Suasana malam yang dingin dan nyaman itu langsung tidak terkesan di hatinya . Kata-kata Uztaz Saiful Islam terus menari-nari di kotak pemikirannya . Neuron-neuron terus berlari-lari di serata otaknya . Apa yang harus aku lakukan! Arghh! Aku sayang dia! Tapi ini bukan caranya!
***
Sayup-sayup kedengaran suara alunan ayat suci al-Quran . Al-Quran , kitab suci umat Islam . Menjadi panduan dan bimbingan dalam menelusuri kehidupan duniawi ini . Lunak bacaannya . Indahnya . Kesejukan pagi seusai subuh menambah rasa nyaman di kalbu . Bukan senang untuk berada seperti di saat ini . Pagi dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran . Kemudian , dicorakkan dengan aktiviti ilmiah , bekalan dunia dan akhirat . Petang waktu bersuka ria bersama rakan-rakan . Apabila hari ingin melabuhkan tirainya ditutupi dengan alunan ayat suci al-quran juga . Jiwa terasa tenteram dengan keadaan begini .
“Aaaaeeeeeoooooouuuuuu … aaaaaaaaeeeeeeeooooouuuuu .. peserta perempuan turun! haha” Kedengaran bunyi siren buatan peserta  lelaki . Kelakar bunyinya . Tergelak ku sendirian di dewan . Terlelap rupanya . Inilah penangan ketenangan di waktu dinihari . Tak sangka menjangkau masa untuk sukan pagi . Aktiviti yang paling tidak digemari peserta perempuan dalam program ini . Adatlah tu . Sudah tiga hari aku berprogram di sini , Sekolah Al-Amin Gombak . Program untuk melatih diri menjadi pemimpin yang berjaya dunia , cemerlang akhirat . Di sini juga aku menambah kenalan baru . Melatih diri menjadi seorang yang lebih mesra .
Segera aku bangun siapkan diri untuk turun ke gelanggang bola keranjang . Tempat semua peserta berkumpul . Walaupun lambat , hakikatnya aku antara peserta perempuan yang awal turun . Ampunlah fasi , kaum hawa ni lemah sikit bersukan . Jangan dimarahi kami. Walaupun program ini melibatkan dua jantina yang berbeza , pergaulan masih dipelihara . Masih lagi berlandaskan al-quran as-sunnah . Orang beriman sewajibnya mematuhi panduan yang ditunjukkan di dalamnya .
Teringat suatu ketika dulu , zaman dimana kematangan akal berfikir diragui . Aku berazam menjadi gadis tomboy . Gadis yang tampak gagah fizikalnya . Waktu itu , aku suka jika ada yang tak menyenangi diri ini . Kawan? Maaflah , aku tidak berminat untuk membina tali silaturrahim dengan sesiapa . Sungguh , zaman persekolahan yang tidak menggembirakan . Tiada kenangan manis untuk di layarkan semula di kotak fikiran .
Dikenang semula memori zaman persekolahan yang tiada corak berwarna warni , hanya hitam putih yang terzahir . Ahh , itu semua dulu . Biarlah menjadi pengajaran buat diri ini . Tiada gunannya mengenang kisah lalu . Hidup mesti diteruskan . Kisah semalam dijadikan azimat untuk terus maju pada hari ini dan inspirasi bagi hari esok!
Perjuangan hari ini mesti diteruskan . Bumi ini dan pemiliknya menuntut aku untuk terus mengajak manusia sekalian alam kembali mengerjakan kebaikan . Hatta , itu fitrah manusia . Sukakan kebaikan .
***
“Aku hairanlah”
“Hairan kenapanya?”
“Orang lain datang ke Kuala Lumpur ni biasanya makin lupa diri , hanyut dengan keseronokan dunia . Tapi kau pula sebaliknya . Hairan , hairan “ Azira meluahkan kehairanannya .
“Laa , apa yang nak dihairankan . KL tu pon tempat manusia juga , bukannya tempat haiwan” seloroh ku . Malas hendak dilayan sebenarnya .
“Apa yang buat kawan aku yang lama ni jadi orang baru? Macam mana hubungan kau dengan laki tu”
Teeeeet! Aku dah agak dah soalan ni akan terpacul juga dari mulut rakan baiknya itu . Bukan tiada keinginan untuk menjawab , Cuma tidak mahu memori lama yang cuba dihapuskan dari ingatan bertandang kembali .
“Kalau Allah nak kasi hidayah tu bila-bila je boleh berlaku . Anytime , anywhere . Tiada siapa boleh halang” Balasku . Sebolehnya tidak mahu membuka cerita lama . Cerita kejahilanku . Cerita kebodohanku .
“Tu semua orang tahu! Mengelat nak jawab ea . Sampai hati ..” Sedepa muncung Azira . Alahai kawan , hilang kecantikan kau bila buat macam itu .
“Iyalah , iyalah . Aku cerita . Macam ini , selepas aku kena tegur dengan Uztaz Saiful Islam , aku mula rasa jauh hati dengan dia . Mak aku pun dah bising bila tengok keputusan exam aku teruk . Rakan-rakan sebilik aku pun rasa tak senang dengan hubungan aku dengan mamat tu . Bila sampai KL , kita kan sibuk dengan tutorial yang berlambak , lab report yang tak bersudah , test yang tercapai akal , masa tu aku dah kurang berinteraksi dengan dia , banyak masa habis dengan study . Masa tu aku rasa selesa dengan keadaan tu . Aku makin jauh dengan dia . Aku dekatkan diri dengan budak-budak baik stok ustazah . Diorang yang banyak kasi nasihat bila aku duduk-duduk dengan mereka . Aku suka dengan cara mereka . Tak memaksa dan tak mengungkit kesalahan aku . Aku suka! Bila diorang ajak pergi kuliah agama aku ikut jelah . Lama-lama aku lekat . Aku rasa gembira bila pergi kuliah agama .”
“Wahhhhh , habis tu macam mana dengan dia ?”
“Bengang laa . Tapi nak buat macam mana lagi , aku taknak teribat dengan cinta yang takde kesudahan yang pasti . Buang masa . Sekarang ini aku nak tumpukan dengan jalan yang aku pilih ini , bawa orang ramai kembali kepada Islam yang sebenar , Islam sebagai cara hidup , bukan sekadar solat dan di masjid sahaja . Kalau ada jodoh , aku terima , tapi mungkin lepas habis belajar .”
“Kau kahwin nanti jangan lupa jemput aku tahu! Aku nak jadi pengapit!”
“Hehe . Azira , lambat lagilah . Kau tu bila?”
“Hehe . Calon takde lagi macammana nak kahwin . Haha”
Indahnya bersahabat tanpa berkepentingan peribadi . Manisnya . Bersahabat yang mana bila sesat dia tarik semula ke jalan yang lurus . Bila terjatuh , dia menghulurkan tangan membantu . Bila hati berkecamuk , dia datang menghiburkan keadaan .
***
Badan terasa letih yang teramat sangat . Hari sudah masuk hari ke-10 aku berkampung di sini . Hubungan dengan kawan-kawan baru kenal semakin erat . Walaupun usia perkenalan tidak menjejak berbulan lamanya , mereka sedikit pun tidak lokek untuk membantu . Membantu agar terus kuat dalam jalan yang telah aku pilih ini . Jalan menuju syurga Allah , tuhan yang satu . Jalan ini menuntut aku agar terus menerus mengajak orang di sekeliling aku kembali kepada Islam secara gaya hidup yang total . Ilmu yang diberi juga semakin menebal di dada . Namun , apa gunanya ilmu yang meninggi setinggi Eiffel Tower jika hanya tercatit rapi didalam buku nota tanpa sebarang amali .
Pengalaman lalu , ahhh biarlah aku simpan dalam lipatan kisah hidupku . Bukan bererti melupakan , tapi biarlah menjadi peringatan di saat aku terleka , menjadi iktibar di waktu aku lalai . Doaku agar tiada yang mengungkit kembali kisah itu . Sekarang , aku mengejar cinta yang lebih agung . Cinta kepada pemilik alam semesta . Cinta yang lebih mahal , yang harus kubayar dengan kehidupan dunia sementara ini . Alangkah nikmatnya!
Universiti Malaya! Nantikan kedatangan ku! Akan ku kibarkan panji-panji Islam di segenap ceruk universiti tertua itu . Akan ku praktikkan ilmu yang ku pelajari . Biar bumi itu menjadi bukti kecintaan aku terhadap ilmu-ilmu Maha Pencipta . Biar bumi itu menjadi saksi di akhirat kelak , aku sudah menjalankan kerja aku . Kerja sebagai seorang pencinta tuhannya , Allahu Rabbi . Allahu akbar! Allah Maha Besar!

NAJLA
-sebarang kritikan membina digalakkan .. Ni kes takde pengalaman nak cari pengalaman >.<

Wednesday, June 6, 2012

Tanah yang mahal .


Tanah Yang Mahal
Darah merah pekat mengalir laju daripada betisnya . Ditembak . Kakinya tidak mampu menampung badannya itu . Tersungkur . Sang Zionis tergelak melihat lawannya jatuh tersungkur . Laras senapang dinaikkan untuk terus meluahkan butir-butir peluru . Mahu dicorakkan tubuh badan musuhnya dengan peluru besinya . Palestin pasti jadi milikku!
***
Mimpi pagi tadi masih segar di kotak fikirannya . Bingkas Steven bangun , lalu membuka langsir tingkap biliknya . Pandangannya di buang ke luar . Kocakan air kolam buatan di halaman rumah banglo milik bapanya mendamaikan hatinya setelah bermimpi ngeri .
“Kenapa aku sering bermimpi sebegini ? Sudah lima hari aku bermimpi benda yang sama . Arrgghhh!” Satu tumbukan padu dikenakan di dinding .
***
“Ah , sudahlah . Tak perlu kau ambil pusing mimpi-mimpi kau tu . Mainan tidur saja tu” ujar Saiful .
“Masalahnya benda yang sama aku mimpikan!” nada tidak puas hati Steven tersembur .
“Mula-mula aku mimpi aku bunuh kanak-kanak , esoknya aku mimpi aku rogol perempuan . Aku jugak ada mimpi aku bawa kereta kebal robohkan rumah , bom sekolah , masjid . Yang pastinya dalam semua mimpi tu aku jadi tentera Israel . Ikut suka hati aku je nak tembak orang lain .”
“Ada petanda kau bakal jadi komander tentera Israel tu . Haha” Seloroh Saiful.
“Ada yang nak kena makan tapak kasut ni” Dia sedar , walaupun Saiful berbangsa Melayu , dia sedikit pun tidak endah perihal dunia luar , terutama tentang perihal orang-orang yang beragama sama dengannya . Namun , megah mengabadikan di laman Facebooknya ‘I’m proud to be a Muslim!’ . Apabila ditanya mengapa rakan-rakan Islam yang lain sibuk berbicara tentang Palestin , dia menyatakan isu itu tiada kaitan dengan dirinya . Itu adalah hal orang-orang arab .
Hairan . Bagi Steven , meskipun Palestin itu adalah negara orang Islam namun baginya apa yang berlaku di sana adalah isu hak asasi manusia . Siapa dapat menerima jika kita dihalau keluar dari rumah sendiri . Dihalau seperti seekor anjing liar mencari sisa-sisa makanan di dalam tong sampah . Kemudian dilihat secara siaran langsung rumah sendiri dirobohkan oleh orang asing . Tapak rumah yang dirobohkan itu didirikan bangunan baru dan rumah baru untuk warga perampas , Yahudi . Lebih menyakitkan hati . apabila mengetahui warga Yahudi yang dipanggil menetap di rumah baru tanah warga Palestin adalah dari Eropah . Bukan seribu dua , sebaliknya ratusan ribu . Saiful sedikit pun tidak tahu tentang perkara ini .
“Ayuh , kita ke Mid Valley petang ni,” ujar Saiful .
“Ada apa disana?” soal Steven . Malas hendak keluar sebenarnya . Sejak bermimpi sebegitu , banyak perkara yang gemar dilakukan kini jarang dilakukan . Ramai rakan-rakannya pelik melihat ketidak hadiran Steven ke program kolej sepanjang minggu ini . Siapa tidak kenal Steven ? Aktif berpersatuan di Kolej Kediaman Raja Dr Nadzrin Syah . Kolej yang sibuk dengan hiburan dan aktiviti sosial terkenal di kawasan universiti tertua di Malaysia . Namanya sentiasa tercatat di berita-berita kampus . Gah . Steven bangga dengan semua itu .
“Ala , aku teringin makan McDonald la . Sekarang ni ada burger foldover baru . Wah , sedapnyaaaaa!,” Saiful membayangkan makanan tidak berkhasiat itu .
“Eh , kau tidak tahukah?”
“Tahu apa?”
“Sekarang ni masyarakat tengah boikot McDonald . Sebab hasil pendapatan disalurkan kepada Yahudi untuk membeli senapang dan peluru kemudian digunakan untuk membunuh rakyat Palestin!” semangat Steven menjelaskan .
“Alaa , bukannya selalu aku makan kat sana . Sekali sekala je . Tak lepas pon satu senapang depa nak beli . Tapi sekejap , mana kau tahu semua tu? Sejak bila pula kau jadi aktivis Palestin ni?” Saiful bertanya . Nadanya seakan tidak puas hati . Tidak puas hati apabila dipertikaikan tindakannya ,
“Itulah kau . Banyak masa dengan awek kau je , pergi main bowling la , tonton wayanglah , berkepit sana sini . Isu global pon kau tak tahu.” Bidas Steven .
“Ceh , kurang asam punya kawan . Eh , lepas ni bolehlah kau jadi aktivis Aqsa Syarif . Boleh pergi Palestin nanti” Seloroh Saiful .
“I’ll do it”
Terkesima Saiful .
***
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipinya . Kelihatan sebahagian Kuala Lumpur dari puncak Bukit Botak , Universiti Malaya . Nafas dilepaskan . Penat . Penat mendaki puncak bukit ni . Memang wajar dinamakan Bukit Botak , ujar Steven di kotak hati . Tiada sebarang tumbuhan melainkan simen sahaja . Asalnya adalah tebing bukit yang dihiasi tumbuhan hijau . Namun , apabila berlaku kejadian tanah runtuh di situ yang mengakibatkan perpustakaan baru Akademi Pengajian Islam ranap , bukit itu disimen . Demi keselamatan sejagat . Kini , bukit itu menjadi tumpuan para siswa siswi melakukan riadah . Tidak terkecuali Steven .
Tidak semena-mena terbayang di layar minda Steven , bagaimana penduduk di Dier Yassin diperlakukan . Kawasan di Dier Yassin dibersihkan , diratakan seperti mana ratanya Bukit Botak ni tanpa sebarang tumbuhan . Di sana , penduduk Palestin dibersihkan dari situ untuk membuat penempatan baru rakyat Israel . 33 orang yang sedang bergembira di majlis perkahwinan diarah berbaris sepanjang tembok bangunan . Ditembak . Pasangan pengantin baru juga tidak terkecuali . Peluru-peluru tidak bermata menghiasi tubuh-tubuh warga Palestin itu . Orang Islam memanggil orang-orang yang mati itu sebagai syuhada . Mulanya , dirinya tidak tahupun makna syuhada itu apa . Hendak bertanya kepada Saiful , tapi rimas melihat rakan sekuliahnya itu lebih gemar bersuka ria . Lalu dia bertanya kepada Furqan . Perwatakan Furqan menyenangkan hatinya . Entah mengapa .
Bagi Steven , bersuka ria perlu ada tempatnya . Bukan sepanjang waktu . Dia lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca berita-berita terkini . Nasional dan global . Dia sudah dapat membiasakan diri apabila rakan-rakan memanggilnya ‘Televisyen bergerak’ . Dia lebih banyak info mengenai keadaan semasa berbanding rakan-rakannya . Nafas berat dihembuskan .
Langkahnya deras menuruni Bukit Botak . Ingin segera sampai ke kolejnya . Nyamuk-nyamuk semakin aktif menggigit lengannya yang terdedah . Papan tanda ‘Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya’ setia berdiri di tempatnya apabila Steven melepasinya . Disitulah dia mengenal dunia Palestin . Di situlah dia mengetahui betapa keji lagi hina disiplin tentera Israel . Bermimpi menjadi tentera Israel tidak menyenangkan hatinya . Apatah lagi apabila mengetahui tentera-tentera bernafsukan iblis itu merodok perut perempuan-perempuan hamil dan dikeluarkan janinnya . Janin-janin dikerat dihadapan ibu-ibu seramai 25 orang itu . Kejam! Kanak-kanak yang sepatutnya berlari-lari girang dipancung . Dipancung di hadapan ibu-ibu mereka . Penyeksaan mental dan fizikal serentak! Dan ini bukan yang pertama . Sudah bermacam kekejaman tentera Israel itu lakukan . Di Qilqiya , Nablus , Akka , Tulkarem , Beersheba , Baisan , Haifa , dan Yaffa juga diperlakukan perkara yang sama . Membara hati Steven mengingati perkara ini . Boleh sahaja dia mengenepikan perkara yang tiada kaitan dengannya itu . Dia dan rakyat Palestin bukannya ada apa-apa pertalian darah atau diplomatik . Tetapi ianya disebabkan naluri kemanusian masih terukir di kotak mindanya . Dia harus peduli .
***
Setibanya di kamarnya , dia keletihan . Lantas terus berbaring . Niat di hati ingin melepaskan lelah . Penat . Mendaki bukit sememangnya melatih badan agar menjadi sihat dan cerdas . Namun berbaring setelah bersenam bukanlah perkara yang menyihatkan . Bingkas Steven bangun . Laptop HP Pavilion dv2 miliknya dicapai . Dibuka . Isu Palestin masih panas dibincangkan neuron-neuron di dalam kepalanya . Dia menaip perkataan ‘Dier Yassin’ . Pertolongan Google amat-amat membantunya mengenali Palestin . Dengan motto ‘Don’t Be Evil’ , Google memudahkan lagi kerjanya berkenalan dengan Menachem Begin . Menachem Begin , Perdana Menteri Israel dan pernah dianugerahkan nobel keamanan . Nobel keamanan ini diberi kerana jasanya memimpin kumpulan Haganah menceroboh tanah-tanah milik warga Palestin dengan menggunakan 16,000 senjata api ringan dan kira-kira 1750 senjata pemusnah yang lain . Huh , licik sungguh orang-orang Zionis ini!
Hatinya makin membara ibarat disimbah minyak , apabila menjumpai kata-kata Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ , “tanpa apa yang berlaku di Dier Yassin , maka tidak akan wujud Negara Israel” . Angkuh dan kejam! Hatinya terbakar .
***
“Memang kami berjauhan , dipisahkan sempadan-sempadan negeri dan lautan-lautan terbentang luas . Tapi , kami kasih dan sayang mereka kerana kami bertuhan sama , Allah , kitab kami sama , al-quran , rasul kami sama . Jarak bukan pemisah dan perbezaan antara kami . Itulah kenapa kami mengambil berat isu saudara-saudara kami di Palestin .” Itulah jawapan Furqan apabila Steven mempersoalkan tindakannya mengumpul derma untuk warga Palestin . Dilihatnya bersungguh-sungguh Furqan mendapatkan dan menerangkan tentang Palestin kepada orang lain . Satu peluang bagus kepadanya untuk menyingkap lebih lanjut tentang isu di sana .
“Sudah 64 tahun , kenapa saudara-saudara kau di sana masih boleh bertahan melawan tentera Israel ?” soalnya . Hairan mengapa saudara Furqan di sana masih bertahan . Sedangkan seluruh isi alam mengetahui kejamnya tentera Israel ini .
“Kerana itu tanah tumpah mereka . Mereka takkan mudah menyerah kalah” Furqan tersenyum menjawab .
“Dari perspektif Islam?” Steven , bangsa Cina yang berpengetahuan luas takkan lepas menyoalkan isu ini .
“Nabi kami pernah menyebut dan menyuruh untuk menjaga Masjid Al-Aqsa di Palestin . Kerana kami sayangkan Rasul kami , kami turuti apa yang disuruhnya . Walau kami tiada kudrat untuk pergi berjuang seperti saudara kami di sana , kami di sini tetap bersama mereka dalam doa kami dan usaha-usaha kami menyedarkan orang lain tentang keadaan sebenar di sana .” Panjang lebar penerangan Furqan . Terjelas di riak mukanya kegembiraan dan keterujaan menjawab soalan Steven .
“Sungguh mahalnya bumi Palestin bagi kami untuk dijual kepada orang Yahudi . Kami takkan sesekali menggadai tanah itu dengan perjanjian-perjanjian damai yang hanya akan menjerut kembali leher sendiri . Biar darah dan air mata menjadi saksi kami menentang penceroboh tanah kami umat Islam!”
Terkesima . Terpegun Steven mendengar bait- bait kata-kata semangat Furqan . Inilah orang Islam yang sebenar . Ya , aku yakin! Terasa satu arus semangat mengalir deras di dalam salur-salur darahnya , dalam sendi-sendi badannya , dalam deru nafasnya .
“Furqan!”
“Ya?”
“Bantu aku”
“Apa dia? Kalau aku mampu , dengan izin tuhan aku Allah , aku akan membantu kau”
“Bantu aku berada dalam agama kau”

-Penulisan tamat , perjalanan ke syurga tidak tamat lagi-
doakan saya ..
Alhamdulillah ..

Najla 
rujukan : www.aqsasyarif.org.my

Thursday, May 31, 2012

in an excited state!

Bismillahirrahmanirrahim ..

Teruja . Excited . Gembira . 
Berjumpa insan hebat dalam perjuangan Islam dan dakwah .

 Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

"Lihat sejarah dan keadaan dunia dengan kacamata Islam , bukan kacamata Melayu . "
 p/s : banyak ilmu yang diperoleh . pelbagai ragam rakan2 aku lihat . ada yang bersungguh2 . ada yang bermalas2an . moga ilmu yang aku dan rakan2 peroleh dapat digunakan dengan baik untuk dakwah dan tarbiah ini .

Wednesday, May 30, 2012

sweet sweet gula gula

bismillahirahmanirrahim ~

cuti yang panjang membuat aku semakin lemah iman . perkara2 seperti solat awal dan berjemaah semakin aku tidak ambil berat . buku2 fikrah apatah lagi , satu buku pon tak lepas lagi . oh , novel sekejap je saya habiskan .. recording uztaz yang diberi senior memang tak ambil pusinglah .. heh ..

berjumpa sahabat2 sefikrah dari seluruh Tanah Melayu ni sedikit sebanyak meningkat graf iman yang menurun .. pelbagai perkongsian dan pengalaman dapat saya perolehi .. jumpa uztaz uztazah yang haybat! akak2 akhi2 yang osemmmms! adik2 n sahabat2 yang gojesssss! wahhhhh~ indahnya bersaudara kerana Allah .. ohhh , sweeeeeeeeeeet~

terus berjuang kerana Allah .. pelbagai cara telah diberikan-Nya untuk meneruskan jalan para Nabi .. gilap dan gunakannya untuk dakwah .. masa yang diberi cukup untuk kita berkhidmat kepada-Nya .. jika kita sia2kannya , apa kita nak jawab dekat akhirat nanti? masa saya banyak ke arah chat di facebook .. nak jawab camtu ke? 

sama2 muhasabah diri .. saya dan kamu adalah jundi2 agama ini .. ayuh bergerak maju! ini bukan masa menongkat dagu , bermalas-malasan .. 

p/s : tengah berjuang menuntut ilmu untuk digunakan untuk dakwah and tarbiah .. wish me luck and pray for me ! 

Monday, May 7, 2012

Kembara Ukhuwwah Mengasah Fikrah

Bismillahirrahmanirrahim ..

dengar lah rakyat jelata beta hendak ber'cerekarama' disini .. pada tanggal 27-29 april yang sudah berlepas beta pergi jalan-jalan kat Putrajaya .. jealous tak ? tak? meh sini beta cerita sampai tuan hamba semua jealous .. tapi biar jealous kerana Nya ea .. ehhhh? ada ke cmtu?

   Nak tau tak apa yang buat kembara ni lagi super duper osem ? FYI , kebanyakan nye yang datang bukan datang dari area KL .. mostly dari luar KL .. dari selangor , kelantan , melaka and paling jauh dari negeri jelapang padi , kedah .. osem rite? kenapa sampai 3 hari pergi Putrajaya ? apa ada kat sana? jeng .. jeng .. jeng .. kiteorang nak pergi PWTC la , ada pesta buku la,,.. one more , pergi Putrajaya ni untuk memenuhi ajakan Muadz bin Jabal . berkata Muadz " duduklah bersama kami , kita beriman sejenak" [muntalaq].

  mostly yang ikut kembara (dinamakan kembara nak kasi sedap sikit.. hehe ) sudah berkenalan lama .. sama-sama main guli dekat kolej di bumi tarbiah .. owh , saya pon kenal mereka juga dulu .. DULU .. masa tu tarbiah and dakwah tu macam bahasa dari planet pluto je .. kemudian , bile jumpa mereka balik di putrajaya ni suppose to be rasa janggal la kan ? tapi , sebaliknya berlaku (adalah rasa malu2 kucing tuu ) .. sebaliknya , hati ni gembira dapat jumpa mereka .. because , i'm not alone on this road .. jalan yang tak ditaburi bunga ros dan red carpet  (APG) .. tapi ini jalan menuju syurga Allah (muharikah) .. and , and , and .. they're cool and haybat! masa duduk duduk bersama mereka mendengar mereka berbicara terasa macam kene baling dengan mesin bancuh simen yang beso tu .. apa sumbangan yang aku dah buat unutk islam ? dalam gerabak dakwah and tarbiah(DnT) ni ? tak takut ke kalau kalau diri ni hanya melambatkan perjalanan gerabak ni ? terkedu ..

  kembara ukhuwwah ..
kita sering dengar and sering melafazkan 'uhibbuki fillah abadan abada ' , 'ukhuwwah till jannah ' dan seangkatan dengannya .. apa yang membezakan ukhuwwah ni dengan BFF( best friend forever , baca dengan nada paling gedik sekali ) ? pernah terfikir apa contoh ukhuwwah yang paling osem sekali kat bumi ni ? yang mana bila dengar je cerita ni rasa nak nangiss guling guling sebab sungguh sweeeeeeeeet sangat .. nak tahu ? ukhuwwah yang paling mantop sekali ialah ukhuwwah antara Nabi Muhammad s.a.w dengan para sahabat .. 


contoh , ukhuwwah antara Rasullullah dan Bilal bin Rabah ..
sayang dan cintanya Bilal pada Nabi sungguh sungguh sungguh tak terkata sungguh nya .. (hehe) .. apabila Nabi wafat , Bilal tak melaungkan azan lagi kerana sedih sangat2 bila hendak menyebut nama Muhammad s.a.w .. apabila Bilal azan , seluruh kota Madinah terasa kesedihannya .. seluruh kota Madinah menangis kerana rindukan Rasullullah s.a.w .. apabila melihat pintu rumah Nabi ketika hendak ke masjid Bilal menangis , ketika melihat mimbar Nabi , Bilal menangis .. Bilal rindukan Rasullullah s.a.w .. kemudian Bilal berpindah ke Syam .. sangkanya , kerinduan nya dapat ditangani , tapi sebaliknya .. Bilal semakin rindukan Nabi .. akibatnya , Bilal jatuh sakit .. Bilal bermimpi Nabi datang bertemunya , Nabi berkata " tidakkah kau merindui aku Bilal ? " selepas daripada itu , Bilal meninggal dunia .. Bilal rindu untuk bersama-sama dengan Nabi di syurga Allah .. 
salah silap sila tegur ..

   then , compare kan dengan kita .. camne dengan ukhuwwah kita ? kita kata Nabi Muhammad s.a.w contoh dan idola kita , tapi pernah kita contoh Nabi dalam bersahabat ? dusshh .. dalam doa pon sering kita terlupa rakan2 kita .. and , jangan ingat kita sudah berkenalan 2-3 tahun kita da kenal sangat dengan member kita tu .. sebab ... proses ta'aruf tu sentiasa berterusan ..yg membezakan ukhuwwah dengan BFF ialah , kita bersahabat kerana Allah .. bersama-sama menuju syurga Allah .. dunia hanya di tangan kita sahaja , bukan di hati .. kan ?

   macammana nak bela ukhuwwah kita supaya tak jadi kuah basi ? mulakan dengan husnuzon (bersangka baik ) .. camne nak bersangka baik ? berlapang dada ..

Imam Hasan Al-Banna
 " serendah-rendah ukhuwwah berlapang dada , setinggi-tinggi ukhuwwah itsar(melebihkan sahabat) "

  "berlapang dada akan melahirkan sikap selalu memahami bukan meminta untuk difahami , selalu mendengar bukan minta didengar , selalu memperhatikan bukan meminta perhatian , malahan kita belum agi memiliki sikap berlapang dada yang benar apabila kita masih selalu memposisikan orang lain seperti posisi kita  , meraba perasaan orang lain dengar radar perasaan kita , menyelami logik orang lain dengan logik kita , maka berapang dada menuntut kita untuk lebih banyak mendengar dari berbicara , dan lebih banyak berbuat dari sekadar berkata-kata "

  elakkan bersangka buruk , kerana itu menyebabkn rosaknya ukhuwwah .. dari bersangka buruk akan menyebabkan tajassus (mencari kesalahan orang lain ) dan seterusnya menyebabkan ghibah (ngumpat ) .. orang yang sedar dan tahu tujuan hidup takkan nak makan daging saudara sendiri kan ?

menurut Syed Qutb , pertengkaran saudara adalah disebabkan hawa nafsu .. erk , al-hawa bukan cara kita kan ? sila revise semula muntalaq .. 

URGENT! bagi orang-orang yang menjualkan dirinya dan masanya untuk islam , tajassus adalah perkara buruk .. 

Bashrah As-Sarri 
" saat-saat yang mencemaskan bila ada tajassus dalam kelompok orang-orang yang berjalan menuju Allah "

Ibnu Sirin 
"tanda istidraj seorang hamba ialah bila tutup aib pada diri sendiri dan cari kesalahan orang lain"

Nauzubillah min zalik ..

arrgghh susahnya! tak de bende yang senang ke macam makan oreo dengan susu? 

nak senang ke syurga Nya ?

nak dapatkan ukhuwwah yang osem lagi kool plus redha Allah (ni yang super duper penting) --------> bencikan fitnah (bahaya sangat ni ) , ajak beriman sebentar ( macam kembara ni laaa .. konferens riang , hepi circle dll ) , dan tinggalkan perkataan yang buruk .. mungkin kita tak sedar perktaan kita menyakitkan hati kawan kita .. muhasabah diri .. [tersentap]

  lagi contoh ukhuwwah Nabi dan sahabatnya ialah bersama Uwais al-Qarni .. silalah rajinkan diri anda mencari kisahnye ea .. assignment ni .. sapa tak cari rugi! seriuosly! ilmu ni .. kalau niat kerana Allah dapat jugak saham akhirat ..

  ukhuwwah adalah akibat daripada iman .. jika retak ukhuwwah itu , check and repair balek iman .. 

   walau siapa pun kita , selagi berpegang pada al-quran dan as-sunnah kita adalah bersaudara .. tak kira pangkat , darjat , universiti mana pon , negeri mana pon , persatuan mana pon ..

   di sini saya nak minta ampun pada semua yang mengenali diri ni , yang tak kenal pon .. maafkan segala khilaf diri ini .. samada yang saya sedar atau tak .. sob .. sob .. sob .. T.T

" di antara ciri kebaikan Keislaman seseorang adalah meninggalkan yang sia-sia"
(HR Tirmidzi)

owh , sungguh osem perjalanan dari selatan ke putrajaya ke PWTC .. buku bertambah , moga ilmu bertambah , kenalan bertambah , moga keberkatan bertambah ..

suasana di senja hari kat Putrajaya ..

p/s : salah silap sila tegur .. menulis bukan lah logam saya .. =.= takde idea camne nak tulis .. erk , tapi ada sambungan daripada ni .. hehe .. kisah kembara masih beum berakhir .. 

Monday, April 23, 2012

wordless post 4


sentap??

tepuk dada tanya iman .. iman , membenarkan di dalam hati , dibuktikan dengan perbuatan serta mengaku dengan lidah .. setiap langkah kita , mukminin dan mukminat , muslimin dan muslimat , para daie , khalifah2 Allah sewajibnya cukup dengan 3 syarat ini , tidak kedekut untuk bekerja keras di ketiga2 aspek itu .. Maksudnya, kerja keras di anggota (perbuatan), di lidah, dan di hati dia. Mujahadah. Takkan dia berkira nak isikan ruhi dan minda dia dengan ilmu-ilmu. Takkan dia tunduk pada nafsu malas, tidur berlebihan, makan berlebihan, ketawa berlebihan, dan lagi-lagi lah.

Dia akan berkerja keras, untuk pulun segala amal kebaikan. Dan pulun juga tinggalkan segala yang mungkar, tak kiralah kecil atau besar, tinggal semua sekerasnya. Sebab, dia tak nak walau secalit pun titik hitam dekat hati dia. Hati dia, dia tahu, kena bersih dan cerah. Sebab dia kena mencerahkan hati-hati lain. Dia betul-betul kerja keras untuk ni. Bukannya “go with the flow” saja dengan amal soleh nya dan bahan tarbiyahnya. Mujahadah dia pulak, harap pada biah saja. Oh Tidak. Sampai bila nak macam tu .. 

~NAJLA~
erk , wordless ? yeah , sebab saya copy and paste je dari Akak Super Saiya .. pengakuan berani , saya bukan rajin nak menulis ni .. senyum senget sebelah ..

Tuesday, April 17, 2012

Wordless post 3


mungkin ada yang berkata saya beria .. aish , lantaklah .. SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN APIDS DAN ASIS KESELURUHANNYA .. moga ukhuwwah yang dibina kekal hingga akhirat nanti .. Insya Allah ...