Tanah Yang
Mahal
Darah merah pekat
mengalir laju daripada betisnya . Ditembak . Kakinya tidak mampu menampung
badannya itu . Tersungkur . Sang Zionis tergelak melihat lawannya jatuh
tersungkur . Laras senapang dinaikkan untuk terus meluahkan butir-butir peluru
. Mahu dicorakkan tubuh badan musuhnya dengan peluru besinya . Palestin pasti
jadi milikku!
***
Mimpi pagi tadi
masih segar di kotak fikirannya . Bingkas Steven bangun , lalu membuka langsir
tingkap biliknya . Pandangannya di buang ke luar . Kocakan air kolam buatan di
halaman rumah banglo milik bapanya mendamaikan hatinya setelah bermimpi ngeri .
“Kenapa aku
sering bermimpi sebegini ? Sudah lima hari aku bermimpi benda yang sama .
Arrgghhh!” Satu tumbukan padu dikenakan di dinding .
***
“Ah , sudahlah .
Tak perlu kau ambil pusing mimpi-mimpi kau tu . Mainan tidur saja tu” ujar
Saiful .
“Masalahnya benda
yang sama aku mimpikan!” nada tidak puas hati Steven tersembur .
“Mula-mula aku
mimpi aku bunuh kanak-kanak , esoknya aku mimpi aku rogol perempuan . Aku jugak
ada mimpi aku bawa kereta kebal robohkan rumah , bom sekolah , masjid . Yang
pastinya dalam semua mimpi tu aku jadi tentera Israel . Ikut suka hati aku je
nak tembak orang lain .”
“Ada petanda kau
bakal jadi komander tentera Israel tu . Haha” Seloroh Saiful.
“Ada yang nak
kena makan tapak kasut ni” Dia sedar , walaupun Saiful berbangsa Melayu , dia
sedikit pun tidak endah perihal dunia luar , terutama tentang perihal
orang-orang yang beragama sama dengannya . Namun , megah mengabadikan di laman
Facebooknya ‘I’m proud to be a Muslim!’ . Apabila ditanya mengapa rakan-rakan
Islam yang lain sibuk berbicara tentang Palestin , dia menyatakan isu itu tiada
kaitan dengan dirinya . Itu adalah hal orang-orang arab .
Hairan . Bagi
Steven , meskipun Palestin itu adalah negara orang Islam namun baginya apa yang
berlaku di sana adalah isu hak asasi manusia . Siapa dapat menerima jika kita
dihalau keluar dari rumah sendiri . Dihalau seperti seekor anjing liar mencari
sisa-sisa makanan di dalam tong sampah . Kemudian dilihat secara siaran
langsung rumah sendiri dirobohkan oleh orang asing . Tapak rumah yang
dirobohkan itu didirikan bangunan baru dan rumah baru untuk warga perampas ,
Yahudi . Lebih menyakitkan hati . apabila mengetahui warga Yahudi yang
dipanggil menetap di rumah baru tanah warga Palestin adalah dari Eropah . Bukan
seribu dua , sebaliknya ratusan ribu . Saiful sedikit pun tidak tahu tentang
perkara ini .
“Ayuh , kita ke
Mid Valley petang ni,” ujar Saiful .
“Ada apa disana?”
soal Steven . Malas hendak keluar sebenarnya . Sejak bermimpi sebegitu , banyak
perkara yang gemar dilakukan kini jarang dilakukan . Ramai rakan-rakannya pelik
melihat ketidak hadiran Steven ke program kolej sepanjang minggu ini . Siapa tidak
kenal Steven ? Aktif berpersatuan di Kolej Kediaman Raja Dr Nadzrin Syah .
Kolej yang sibuk dengan hiburan dan aktiviti sosial terkenal di kawasan universiti
tertua di Malaysia . Namanya sentiasa tercatat di berita-berita kampus . Gah .
Steven bangga dengan semua itu .
“Ala , aku
teringin makan McDonald la . Sekarang ni ada burger foldover baru . Wah ,
sedapnyaaaaa!,” Saiful membayangkan makanan tidak berkhasiat itu .
“Eh , kau tidak
tahukah?”
“Tahu apa?”
“Sekarang ni masyarakat
tengah boikot McDonald . Sebab hasil pendapatan disalurkan kepada Yahudi untuk
membeli senapang dan peluru kemudian digunakan untuk membunuh rakyat Palestin!”
semangat Steven menjelaskan .
“Alaa , bukannya
selalu aku makan kat sana . Sekali sekala je . Tak lepas pon satu senapang depa
nak beli . Tapi sekejap , mana kau tahu semua tu? Sejak bila pula kau jadi
aktivis Palestin ni?” Saiful bertanya . Nadanya seakan tidak puas hati . Tidak
puas hati apabila dipertikaikan tindakannya ,
“Itulah kau .
Banyak masa dengan awek kau je , pergi main bowling la , tonton wayanglah ,
berkepit sana sini . Isu global pon kau tak tahu.” Bidas Steven .
“Ceh , kurang
asam punya kawan . Eh , lepas ni bolehlah kau jadi aktivis Aqsa Syarif . Boleh
pergi Palestin nanti” Seloroh Saiful .
“I’ll do it”
Terkesima Saiful
.
***
Angin sepoi-sepoi
bahasa menampar pipinya . Kelihatan sebahagian Kuala Lumpur dari puncak Bukit
Botak , Universiti Malaya . Nafas dilepaskan . Penat . Penat mendaki puncak
bukit ni . Memang wajar dinamakan Bukit Botak , ujar Steven di kotak hati .
Tiada sebarang tumbuhan melainkan simen sahaja . Asalnya adalah tebing bukit
yang dihiasi tumbuhan hijau . Namun , apabila berlaku kejadian tanah runtuh di
situ yang mengakibatkan perpustakaan baru Akademi Pengajian Islam ranap , bukit
itu disimen . Demi keselamatan sejagat . Kini , bukit itu menjadi tumpuan para
siswa siswi melakukan riadah . Tidak terkecuali Steven .
Tidak semena-mena
terbayang di layar minda Steven , bagaimana penduduk di Dier Yassin
diperlakukan . Kawasan di Dier Yassin dibersihkan , diratakan seperti mana
ratanya Bukit Botak ni tanpa sebarang tumbuhan . Di sana , penduduk Palestin
dibersihkan dari situ untuk membuat penempatan baru rakyat Israel . 33 orang
yang sedang bergembira di majlis perkahwinan diarah berbaris sepanjang tembok
bangunan . Ditembak . Pasangan pengantin baru juga tidak terkecuali .
Peluru-peluru tidak bermata menghiasi tubuh-tubuh warga Palestin itu . Orang
Islam memanggil orang-orang yang mati itu sebagai syuhada . Mulanya , dirinya
tidak tahupun makna syuhada itu apa . Hendak bertanya kepada Saiful , tapi
rimas melihat rakan sekuliahnya itu lebih gemar bersuka ria . Lalu dia bertanya
kepada Furqan . Perwatakan Furqan menyenangkan hatinya . Entah mengapa .
Bagi Steven ,
bersuka ria perlu ada tempatnya . Bukan sepanjang waktu . Dia lebih gemar
menghabiskan masa dengan membaca berita-berita terkini . Nasional dan global .
Dia sudah dapat membiasakan diri apabila rakan-rakan memanggilnya ‘Televisyen
bergerak’ . Dia lebih banyak info mengenai keadaan semasa berbanding
rakan-rakannya . Nafas berat dihembuskan .
Langkahnya deras
menuruni Bukit Botak . Ingin segera sampai ke kolejnya . Nyamuk-nyamuk semakin
aktif menggigit lengannya yang terdedah . Papan tanda ‘Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya’ setia berdiri di tempatnya apabila Steven melepasinya .
Disitulah dia mengenal dunia Palestin . Di situlah dia mengetahui betapa keji
lagi hina disiplin tentera Israel . Bermimpi menjadi tentera Israel tidak
menyenangkan hatinya . Apatah lagi apabila mengetahui tentera-tentera
bernafsukan iblis itu merodok perut perempuan-perempuan hamil dan dikeluarkan
janinnya . Janin-janin dikerat dihadapan ibu-ibu seramai 25 orang itu . Kejam!
Kanak-kanak yang sepatutnya berlari-lari girang dipancung . Dipancung di
hadapan ibu-ibu mereka . Penyeksaan mental dan fizikal serentak! Dan ini bukan
yang pertama . Sudah bermacam kekejaman tentera Israel itu lakukan . Di Qilqiya
, Nablus , Akka , Tulkarem , Beersheba , Baisan , Haifa , dan Yaffa juga
diperlakukan perkara yang sama . Membara hati Steven mengingati perkara ini .
Boleh sahaja dia mengenepikan perkara yang tiada kaitan dengannya itu . Dia dan
rakyat Palestin bukannya ada apa-apa pertalian darah atau diplomatik . Tetapi
ianya disebabkan naluri kemanusian masih terukir di kotak mindanya . Dia harus
peduli .
***
Setibanya di
kamarnya , dia keletihan . Lantas terus berbaring . Niat di hati ingin
melepaskan lelah . Penat . Mendaki bukit sememangnya melatih badan agar menjadi
sihat dan cerdas . Namun berbaring setelah bersenam bukanlah perkara yang
menyihatkan . Bingkas Steven bangun . Laptop HP Pavilion dv2 miliknya dicapai .
Dibuka . Isu Palestin masih panas dibincangkan neuron-neuron di dalam kepalanya
. Dia menaip perkataan ‘Dier Yassin’ . Pertolongan Google amat-amat membantunya
mengenali Palestin . Dengan motto ‘Don’t Be Evil’ , Google memudahkan lagi
kerjanya berkenalan dengan Menachem Begin . Menachem Begin , Perdana Menteri
Israel dan pernah dianugerahkan nobel keamanan . Nobel keamanan ini diberi
kerana jasanya memimpin kumpulan Haganah menceroboh tanah-tanah milik warga
Palestin dengan menggunakan 16,000 senjata api ringan dan kira-kira 1750
senjata pemusnah yang lain . Huh , licik sungguh orang-orang Zionis ini!
Hatinya makin
membara ibarat disimbah minyak , apabila menjumpai kata-kata Menachem Begin di
dalam bukunya ‘The Revolt’ , “tanpa apa yang berlaku di Dier Yassin , maka
tidak akan wujud Negara Israel” . Angkuh dan kejam! Hatinya terbakar .
***
“Memang kami
berjauhan , dipisahkan sempadan-sempadan negeri dan lautan-lautan terbentang
luas . Tapi , kami kasih dan sayang mereka kerana kami bertuhan sama , Allah , kitab
kami sama , al-quran , rasul kami sama . Jarak bukan pemisah dan perbezaan
antara kami . Itulah kenapa kami mengambil berat isu saudara-saudara kami di
Palestin .” Itulah jawapan Furqan apabila Steven mempersoalkan tindakannya
mengumpul derma untuk warga Palestin . Dilihatnya bersungguh-sungguh Furqan
mendapatkan dan menerangkan tentang Palestin kepada orang lain . Satu peluang
bagus kepadanya untuk menyingkap lebih lanjut tentang isu di sana .
“Sudah 64 tahun ,
kenapa saudara-saudara kau di sana masih boleh bertahan melawan tentera Israel
?” soalnya . Hairan mengapa saudara Furqan di sana masih bertahan . Sedangkan
seluruh isi alam mengetahui kejamnya tentera Israel ini .
“Kerana itu tanah
tumpah mereka . Mereka takkan mudah menyerah kalah” Furqan tersenyum menjawab .
“Dari perspektif
Islam?” Steven , bangsa Cina yang berpengetahuan luas takkan lepas menyoalkan
isu ini .
“Nabi kami pernah
menyebut dan menyuruh untuk menjaga Masjid Al-Aqsa di Palestin . Kerana kami
sayangkan Rasul kami , kami turuti apa yang disuruhnya . Walau kami tiada
kudrat untuk pergi berjuang seperti saudara kami di sana , kami di sini tetap
bersama mereka dalam doa kami dan usaha-usaha kami menyedarkan orang lain
tentang keadaan sebenar di sana .” Panjang lebar penerangan Furqan . Terjelas
di riak mukanya kegembiraan dan keterujaan menjawab soalan Steven .
“Sungguh mahalnya
bumi Palestin bagi kami untuk dijual kepada orang Yahudi . Kami takkan sesekali
menggadai tanah itu dengan perjanjian-perjanjian damai yang hanya akan menjerut
kembali leher sendiri . Biar darah dan air mata menjadi saksi kami menentang
penceroboh tanah kami umat Islam!”
Terkesima .
Terpegun Steven mendengar bait- bait kata-kata semangat Furqan . Inilah orang
Islam yang sebenar . Ya , aku yakin! Terasa satu arus semangat mengalir deras
di dalam salur-salur darahnya , dalam sendi-sendi badannya , dalam deru
nafasnya .
“Furqan!”
“Ya?”
“Bantu aku”
“Apa dia? Kalau
aku mampu , dengan izin tuhan aku Allah , aku akan membantu kau”
“Bantu aku berada
dalam agama kau”
-Penulisan tamat , perjalanan ke syurga tidak tamat
lagi-
doakan saya ..
Alhamdulillah ..
Najla
rujukan :
www.aqsasyarif.org.my
tahniah dba,,.menarik!!bantu aku juga berada dalam agama ini..keep it up,,.ak sntiasa skong ko dr blakang,,.~jgn lupe 2,,.my bez fren,,.~
ReplyDeletetq sahabat =)
Deleteyours diba??? subhanallah.. menarik...
ReplyDeleteyup mine! tapi idea Allah yang kasi .. =)
Deletemenulis untuk ummah ..
menarik..terbaek r diba...tahniah
ReplyDeletejazakillahu khairan .. alhamdulillah ..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete