Tuesday, November 6, 2012

origami

      Nafasku tercungap - cungap . Beg yang kesandang ku letak ke tepi . Terasa lelah . Terasa lemah . Terasa penat . Tubuh badanku bagaikan menjerit - jerit kesakitan . Lenguh . Tidak kesempatan untuk membelai diri . Kelas sana . Kelas sini .

      "Betulkah apa yang aku buat ni?"
      "Penatlah!"
     
      Aku , terus bermonolog . Bermain kata seorang diri dalam diri .Kepenatan bermain karakter sabagai seorang pelajar di universiti tertua di Malaysia membuatkan aku sering lelah . Sering sakit . Sering lelah dalam mengingati Allah . Sering sakit dalam mengingatkan manusia sekeliling bahawa Islam bukan sekadar solat , puasa , zakat dan haji . Tapi , Islam adalah cara hidup . Cara bergaul . Cara berpolitik. Cara memerintah . Cara hidup manusia .

     "Hurmmmmm , pergi jelah . Moga Allah redha "

     Rasa penat di tolak ke tepi . Semangat berukhuwwah ditanam kembali ke dalam hati . Kaki yang berat tadi kini laju melangkah .

    "Moga Allah redha "

                                      * * *

     "JOM! Jom berhenti kat pondok depan tu!" K.Ein bertutur setelah sampai tempat yang di tuju , Tman Jaya , PJ .

     "Apalah akak ni nak buat . Malas nyeeeeee.." Aku terus mengomel . Cuma , sekadar di dalam kalbu .

    "OK . Sekarang akak nak adik-adik buat origami untuk akak boleh x?"

   "Origami ?" Dahlia terkesima .
 
    "Ha!?" Seroja bingung .

    "Alaaaaaaa .. tak reti lah " Aku , Mawar , terus mengomel .

     "Dlam masa 2 minit buatlah apa2 origami untuk akak ye adik-adik" kata K.Ein sambil buat muka comel . Heh .

     "Mesti ada muslihat nak kenakan kitaorang la ni " bisik hati kecilku . Aku lihat Dahlia buat origami kapal . Erk , bolehlah , ada rupa kapal . Sama saja dengan Seroja . Aku je lain . Kapal pejuang version kertas A5 . Power kan aku ? Heh .

  "Kak , ni nak buat apa ni?" Dahlia tak puas hati .

    "He he he , cuba teka " K.Ein masih berteka teki .

Seroja ,"Ni nak jual!"

Dahlia , "Ni nak buat kitar semula!"

Aku , " Tahu tahu! Ni , ni , ni .. ntah la.. takde idea la kak"

K.Ein , "Ceyh! tak produktif langsung adik-adik aku ni!" sambil muncung 3 depa .

      "Orang yang bijak akan belajar dari setiap benda atas bumi ni "

     Aku , Dahlia , Seroja berkerut muka .

    "Aik , dengan origami pon boleh jadi bijak ke? "


                                     * * * * * * *

Handbag Todds kucampakkan ke atas katil . Badanku terus terbaring lesu . Namun , otakku masih gigih memproses . Memproses origami untuk disemat dalam hati . Untuk digerakkan dengan tangan dan kaki . Buku merah hati segera kucapai . Origami ..

ORIGAMI
Origami itu ibarat manusia ...
Origami itu peru dibentuk...
Manusia jua perlu dibentuk ...
Origami perlu pada ilmu ...
Manusia jua perlu pada ilmu ...
Origami perlu diperelokkan ...
Manusia jua peru diperelokkan ...
Origami perlu pada tujuan ...
Manusia jua perlu pada tujuan ...
Origami punya matlamat ...
Manusia jua perlu pada matlamat ...
Tanpa kertas , tiada origami ...
Tanpa ilmu , tiada manusia ...
Tanpa lipatan , tiada origami ...
Tanpa Allah , siapa manusia?

   Aku terfikir ,'nak buat origami yang cool pon kena ada ilmu dan berlatih banyak kali . Bukan senang pulak tu . Same goes with me . Nak ikut jaan ke syurga mana ada shortcut atau red carpet . Ia ada banyak halangan . Tapi , halangan itu yang menjadikan aku terus cool dan se'smar' origami ni'


                               * * * * * * * * * * 

     Origami yang hebat tak terhasil dengan sendiri . Ia perlu kertas yang tebal . Ilmu yang pekat dan yang penting , orang yang membuat .

    Kegemilangan Islam takkan berlaku dengan sendiri . Ia perlukan Muslim2 yang kuat . Yang pekat di dada Al-Quran dan As-Sunnah . ia perlukan orang yang menggerakkan Islam dalam kehidupan hari-hari . Yang juga membentuk orang lain selain membentuk diri sendiri .

      Rasa penat menghilangkan diri . Aku adalah orang Islam . Hidup aku berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah , Aku bukan muslimah yang lembik . Bukan musim yang pengecut . Aku pejuang agama ini . Kau?



origami = kertas + ilmu + tangan pembuat



muslim = tarbiayh(pendidikan) + Al-quran , assunnah + murabbi (ketua)


P/s : dah lama tak menulis .. ayat dah tunggang langgang .. 

NAJLA

3 comments:

  1. kalu cantik dan besar origami tuh.. mesti lagi complicated kan lipatan-lipatan ye? bonus kalu guna kertas yang warnanya menyerlah yang bole attrack mata yang memandang. Semua pun suka nak beli origami tuh yg nak minta free pun ada..si pembuatnya pula jadi mahir bole create mcm2 lg bentuk pasti nak bentuk lagi hari hari sbb seronok tgk origami yg dibentuk sgt osem. Biarpun letih otak, keluar duit nak beli kertas kat midvalley, nak promote lagi, kene cari masa nak melipat, nak blaja skill lipatan baru, yg mana kita sendiri pun hepi sgt kalu origami tuh cantik dan nak siap..wah ini sangat kool!! (bukan je origami je, ketupat kalu siap satu hepi sgt kot, ada ketupat jantung, bawang, palas, sate plg best ketupat itik .. anyam satu pun gelisah,, tp kalu dah siap kecoh, abes dicanang satu keluarga .. sbb dah boleh isi beras, seronok bole masak utk raya..) Subhanallah.. Nak jugak ke Jannah tuh..

    *kejap, origami @ ketupat ke ada tak mesin yang lipat?? hehe mane tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni x jumpa lagi la mesin lipat ketupat .. hehe .. game goes with muslim . stp lipatan tu tuk membentuk diri menjdi hamba Allah yg osem ..lipatan tu ibrtnya tarbiyah .. =)

      Delete
  2. best2..huhu..jom jd muslim sejati! amin..
    always advice me ya!

    ReplyDelete