"Alang , K.teh , pegang tangan mummy elok-elok . Nak lintas jalan ni . Bahaya "
"Baik mummy" Serentak .
Pagi yang indah itu ku pilih untuk beriadah bersama anak-anakku yang masih kecil . Kasihan melihat mereka terkurung di rumah pada hujung minggu berdua . Rumah yang selalunya riuh dengan gelak tawa senda gurau enam beranak terasa sunyi apabila hanya tiga sahaja yang tinggal . Si Abang keluar berjihad . Daripada bersenang lenang di rumah dia memilih untuk mengikuti misi Aqsa2Gaza ke Palestin . Jika dia syahid di situ , aku , sebagai ibu rasa bersyukur tak terhingga . Punya mujahid . Si Kakak , baru habis SPM . Bermalaman di rumah naqibahnya . Qiamullail . Usrah . Ya Allah , hanya ini yang mampu aku persiapkan untuk agama-Mu . Menyediakan srikanda dan srikandi Islam .
"Mummy , kita nak jogging ke ni?" Alang bertanya . Sedikit masam . Masih mengantuk agaknya .
"Yup anak mummy," aku tersenyum padanya .
"Bestnya joging pagi-pagi!" K.Teh bersuara gembira .
"Jom anak-anak mummy!"
*************************
"Mummy ..."
"Ye sayang ?"
"Penatlah . Kita duduk kejap boleh ?" Alang tercungap-cungap .
"OK . Kita duduk kat tepi tasik tu ye . Jom K.teh " sambi ku pinpin tangan kedua-duanya . Jarang keluar beriadah menjadikan tubuh ini senang keletihan .
"Mummy , tadikan masa joging kenapa Mummy senyum kat semua orang ? Mereka kawan Mummy ke? " K.teh , jarang sunyi daripada pertanyaan .
" Taklah . Mummy tak kenal pon mereka . Mummy senyum sebab senyum tu kan sedekah . Lagipun , Alang dan K.Teh suka tak kalau ada orang senyum kat kita ?"
"Suka!" Serentak .
"Rasa best je tengok orang tersenyum " K.teh tersenyum . Terserlah lesung pipit di pipi montelnya itu .
"Tapikan mummy , bolehkah senyum kat orang bukan Islam . Tadi masa aunty Cina tu lalu , alang tengok mummy senyum kat dia . "
"Not a problem my son . Kita kena buat baik dengan semua orang . Kita , orang Islam kena jadi contoh yang baik pada semua orang tak kira Muslim atau tak . " Bangku di tepi tasik menjadi pilihan kami berehat seketika . Sambil duduk memerhatikan itik angsa di tengah tasik . Janganlah ada yang datang menyudu .
Alang mengambil batu di tepinya . Ditujunya ke sekawanan itik di tengah tasik . Balingannnya tak mengena . Heh . Balingannya tersasar . Terserlah ketidakpuas hatinya .
"Nasib baik tak kena itik-itik tu . Hehe " K.teh gembira .
"Eish!" Alang mencemik .
"Mummy , apa bezanya orang Islam dengan orang tak Islam ?" K.teh bertanya . Tepat apabila sepasang gadis bangsa Cina melepas mereka .
"Cuba anak-anak mummy teka " kataku sambil tersenyum . Inginku terapkan dalam diri anak-anakku minda yang proaktif . Berfikir mencari penyelesaian .
"OK , biar alang teka dulu . Orang bukan Islam tak pakai tudung macam mummy dengan k.teh . Betul tak mummy ?"
"Orang bukan Islam tak pergi masjid macam kita ! " K.teh jawab dengan penuh keterujaan .
" Hehe . Dua-dua jawapan anak mummy betul . Tapi yang penting beza antara kita dan mereka ialah mereka tak ucap 'asyhaduallah ilaha ilallah , wa asyhadu anna muhammadarrasulullah' . Sebab syahadah ini pintu masuk agama Islam kita ni"
"Kenapa mereka tak nak ucap mummy ?"
"Sebab tak de orang ajar diorang kot Alang .."
" Sebab , diorang tak faham dan tak tahu . Kalau mereka faham erti syahadah tu mesti mereka dah berubah . Macam Saidina Umar . Sebelum jadi Muslim dia garang sangat , siapa tentang dia akan dibunuh . Tapi , lepas ucap syahadah , lepas jadi Muslim lagi Mukmin dia terus berubah . Berubah menjadi orang yang bertaqwa ."
"Owh , jadi kita kena ajar aunty-aunty tu syahadah la ye mummy?"
"Ye K.teh . Bukan sekadar ajar , kita kenakan kasi mereka faham erti syahadah ini . Sebab ada je orang Islam ucap syahadah tapi tak mencerminkan ajaran Islam yang sebenarnya ."
"Maknanya mummy , bila dah faham syahadah diorang akan jadi orang Islam yang sebenarlah ye mummy ?" Alang , usia baru mejangkau 12 tahun sudah mua berfikir seadanya .
"A'ah Alang . Diorang akan buat apa yang Allah suruh . Tinggal apa yang Allah larang . Cuba bagitahu mummy apa yang Allah suruh buat?"
"Erm , solat !"
"Pakai tudung macam K.teh pakai ni. Hehe" sambil memegang tudungnya . Keletahnya mencuit hatiku .
"Pandailah anak-anak mummy ni . Ni yang mummy sayang sangat-sangat ni . Dua-dua betul . K.Teh , Allah suruh tutup aurat bukan sekadar pakai tudung je . Maksudnya , selain pakai tudung kenalah pakai baju yang longgar , tak jarang dan tak sembur minyak wangi lima botol sampai satu sekolah boleh bau"
"Hahaha!" Tergelak kedua-duanya . Tenang rasa hati melihat senyuman keduanya . Qurratu aini . Penyejuk mataku .
"Mummy . Alang laparlah . Jomlah balik "
"A'ah lah mummy . K.teh pon dah lapar ni"
"Baiklah . Jom balik ."
"Siapa sampai kereta dulu dia menang!" Alang menjerit sambil berlari ke arah kereta .
"Tak aci! Alang dah lari dulu!" K.teh mengikuti dari belakang .
"Hati-hati nak!"
bersambung di part two .
NAJLA
huhu..nice2.. moga kita akan jadi ibu yg terbaik dlm mentarbiah penyambung2 perjuangan Rasulullah ^_^.. jom bersedia dr skrg!!
ReplyDelete