Sunday, November 24, 2013

Kawan yang dibenci.

"Aku geram dengan minah tu!"

"Kenapa? Dia buat apa kat kau?"

"Aku geram dia tak rasa bersalah langsung tak datang meeting semalam, dahlah tak minta maaf langsung. Aku geram!"

"Hurmmm"

"Aku tak faham kenapa dia langsung tak rasa bersalah. Dia memang tak pernah buat silap ke?"

"Sabarlah, memang perangai dia macam tu kot."

"Aku dah lama sabar, dah berabad aku kawan dengan dia. Tapi yang ni aku tak dapat terima."

"Terima je lah perangai dan sikapnya yang begitu. Berlapang dada sahabat."

"Erm, cakap memang la senang. Takkan nak biarkan je perangai dia camtu. Then, aku kena face perangai dia yang camtu for coming semester lagi?"

"Sebab tu dalam persahabatan ada itsar."

Berlapang dada dan itsar. Payah, susah tapi, moga Allah redha dengan kita yang berusaha. Moga Allah redha kita masuk syurga-Nya dan bertemu dengan-Nya.

Monday, June 24, 2013

Epic!

"Ruqayyah, kau nak ke mana?"

"Aku nak pergi. Masa untuk aku pergi telah tiba. Aku harus pergi. Kau kena praktikkan apa yang pernah kita pelajari bersama"

"Tapi, tapi aku lemah tanpa kau. Aku sunyi."

"Mujahidah, jangan lupa, aku cuma tunggangan untuk kau menuju kampung abadi. Pinta kekuatan pada Yang Maha Esa."

"Macam mana aku nak hidup tanpa kau?"

"Layarkan kenangan kita bersama dalam kotak mindamu. Hidupkan cita-cita kita dalam setiap langkahmu."

"Pleaselah! Aku sayang kau sangat-sangat!"

"Cintailah aku jangan lebih dari cintamu pada yang kekal abadi, Mujahidah!"

"Aku takut. Aku takut aku jatuh." Titik-titk air mata menitis laju.

"Di mana kau berada, di situ lapangan dakwahmu. Lupakah engkau, dakwah pertama Rasulullah kepada ahli keluarganya? Mujahidah, aku akan tetap berlalu pergi. Selepas aku, akan ada yang datang mengganti. Pada saat begini, bertindaklah dengan iman di dada, walau aku tiada, perjuangan kau tidak boleh mati sebagaimana Palestin tidak boleh mati!"

Sesungguhnya solatku,
ibadahku,
hidupku,
dan matiku,
hanya untuk Allah.

-Najla-

Saturday, June 22, 2013

Exam is easy like nuts!

Sambil baca digalakkan untuk mendengar lagu ini untuk lebih berperasaan. Heh.

Bismillah,

"Masa menjawab telah tamat. Pelajar dikehendaki berhenti menjawab soalan..."

Pensil diletak. Kertas dan peralatan menulis disusun. Bersabar menanti pensyarah mengutip kertas jawapan dan soalan.

Pandang sekeliling, ada yang tersenyum, ada yang menguap, ada yang tiada perasaan. Penat agaknya setelah bertungkus lumus menjawab 100 soalan objektif.

"Pelajar dibenarkan keluar"

Menderu laju semua pelajar ke pintu keluar. Dewan peperiksaan terasa menyeksakan pandangan dan jiwa raga.

"Yea! Exam dah habis!"

"Huh? Seriously Adibah? Bukan ada satu paper lagi ke Rabu depan?"

"Hehe, Eqin ni. Maksud aku dah habis buat minggu ni. Paper minggu depan lambat lagi. Kita enjoy dulu! Jom keluar pergi Mid Valley ke, Times Square ke. Nak release tension lah katakan"

***
Flashback a few hours before examination.

"Ya Allah! Banyaknya nak kena baca la Eqin. Nak kena hafal lagi, succession la, biomes la bla bla. Argh! Tension lah!"

"Relax lah Adibah. Ada masa lagikan. Lagi 3 jam ni"

"Penatlah nak belajar ni. Aku tengok akak third year tu busy giler. Bila balik bilik je tension je kerjanya. Cuak pulak aku nak masuk third year sem depan."

"Itu boleh fikir lepas exam nanti. Sekarang kita pulun habis-habisan sebelum masuk exam ni, Adibah"

"Yelah, yelah. Aku study la ni."

***
Before entering the exam hall.

"Ya Allah, aku mohon pada-Mu, permudahkanlah exam aku ni. Moga aku mendapat A dan pointer 3.5. Hanya pada-Mu aku memohon. Bantulah hamba-Mu yang lemah ni. Tolong aku ya Allah!" bersungguh Adibah berdoa. Dan doa yang sama sebelum memulakan menjawab soalan peperiksaan final sem.

***
Jika yang diburu segulung ijazah, kita akan penat.
Jika yang dikejar segudang ilmu, kita akan berhempas pulas belajar.

And, don't forget to say 'Thank You Allah' for every single things happen.

-Najla-

p/s : Keep praying for our brothers and sisters at Syria. Jeles dengan mereka. Mereka insan gagah perkasa. Bukan gagah pada alatan senjata dll, tapi gagahnya mereka menentang musuh agama Ilahi ini. Dan, kita terus berhibur sakan di sini. TT.TT

p/ss : Akan pergi ke walimah kakak yang dicintai. Peeewit, dah naik satu anak tangga maratib amal.

p/sss : Rindu dengan insan yang jauh bernama Asyiqin. If you read this, i'm sending a bundle of love to you in my dua. May Allah bless you, doctor-to-be Asyiqin.

Thursday, June 13, 2013

Hai besi!

Bismillah,

Pandang keliling mu wahai mujahidah solehah (if ada guys yang baca pandai-pandailah tukar ke mujahid).
Perhatikan. Dihujung sana ada syuyukh yang kaya pengalaman dalam media.
Dihujung sini ada ikhwah pro yang sedia membantu (tak nampak lagila akhawat yang pro media)
Di hujung jari ada pelbagai maklumat untuk dipetik.

Perasan?

Allah tunjukkan jalan untuk kita!
Ya, kita mula terjebak secara tak langsung. Mula dengan minat-minat sahaja. Isi masa kosong.
Tapi, perancangan Allah itu kan maha osem.
Kita mula berasa seronok, hamasah semakin tinggi untuk terlibat secara aktif dalam media.
Mulanya kita fikir, media itu video dan photo.
Then, a few step ahead,
kita sedar media lebih dari itu.
Dan, media tuntut pengorbanan lebih.
Ia menuntut masa, idea, dan yang utama kewangan, part yang kita lemah sekali.

"Hamasah dan himmah. Hamasah sahaja tiada guna. Dengan himmah, ia menggerakkan hamasah tadi"
Masih ingat kata-kata ini?

Ya, kita kurang senjata. Kita kurang ahli.
Tapi, kita kena gerakkan,
walau kita pemula,
walau sebenarnya kita tiada idea langsung tentang media.

Tapi, kan ini perkara yang kita minat.
Mari, jadikan ia satu logam gagah perkasa.

Memakmurkan media massa dengan fikrah islam.
Menjadikan media islami satu media massa utama rakyat Malaysia dan seterusnya dunia.

"Dengan segala isi yang telah dikemukan,
saya ingin menyeru Da'iegrapher akhawat sekalian,
untuk berhimpun.

Dan bukan sekadar berhimpun,
kerna Syakib Arsalan pernah membalas,
kepada surat-surat yang meminta beliau mengadakan perhimpunan Umat Islam,
setelah kejatuhan Khalifah,

"Adakah kamu mahu mengumpulkan angka - angka kosong?...
Yang mana bila kosong dicampur kosong jawapannya adalah kosong...
mahu tidak mahu kita mestilah bermula dari bawah...."

Oleh itu,
berapa ramai sekalipun kamu,
baik 500 atau hanya seorang,

bergeraklah.

Binalah mereka di sekeliling kamu.

Mahu tak mahu,
kamu perlu bergerak secara berjemaah.

Susunlah saf-saf kamu.
Kukuhkanlah pergerakan kamu.

Nescaya,
janji Allah itu benar.

Allah akan membantu kamu,
pabila kamu benar-benar membantu agamaNya.

Benar-benar.

Ingat."
-bro. Afiq Sazlan

Kita kemaskan saf kita, kita bina team kita, kita , kita, kita...
Senang cerita kita kena bergeraklah!


Ok, bubye nak study exam esok.

P/s: Tak sabar nak ziarah syeikh media osem lagi cool hujung minggu ni. *excited!

Monday, June 10, 2013

Mencari Pria Idaman, Engkaukah?

Bismillah,

Aku,
Inginkan jejaka idaman seperti Utsman bin Thalhah,

Aku,
Impikan kekasih seperti Rabi' bin Khaitsam.

Merekalah pemuda yang aku cintai. Punya akhlak pria sejati. Takut mereka pada neraka Allah lebih tinggi daripada cinta mereka kepada kecantikan nafsu dan syahwat.

Mata. hati. Ingatan. Tiga tempat bertapaknya syaitan dalam diri seorang lelaki.

Lirikan mata. Hati. Kelemahan. Tempat berkampungnya syaitan dalam diri seorang wanita.

Maka, tidak hairanlah Allah memerintahkan untuk menundukkan pandangan walau di hadapan si cantik jelita idaman hati, atau si jejaka tampan, berbadan sasa, tinggi lampai pujaan hati.

Tak percaya?

Belek al-quranmu itu.

Surah an-nur ayat 30.

Dambakan jejaka begitu, bagaiman pula diri ini?#

Surah an-nur ayat 31.

Sungguh, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya yang bertaqwa.

maka, pintalah pada Yang Maha Penyayang agar setiap langkah menuju-Nya tidak terselingkuh dek kenikmatan meneguk keindahan nafsu hiasan syaitan.

Tanamlah dalam diri kecintaan pada Yang Maha Pengasih melebihi kecintaan pada segala yang lain. Cinta pada Allah adlah cinta abadi. Kernanya, sebabnya abadi.


Ar-rad ayat 28.

Then, masih mencari kekasih seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Brad Pitt, One Direction atau si dia yang engkau intip dan stalk?

Masih bermimpi pacaran seperti Lisa Surihani, Taylor Swift, Selena Gomez atau si dia yang engkau curi-curi pandang dan stalk?

Jagalah diri dan hati(ini yang penting), sepertimana Utsman bin Affan menjaga diri sehinggakan malaikat pun malu padanya!

-diolah dari buku 'Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan' karya Salim.A.Fillah.

p/s: Doakan aku, agar aku dapat menjaga hati ini. Janganlah kerana kecantikan dunia ini hatiku semakin hitam, payah bertahajud dan bermunajat pada Ilahi. 

p/ss: Doakan juga kesihatan yang kurang memuaskan saat ini. 

p/sss: Doakan final exam saya. Banyaknya minta orang doakan! Hehe. 

-NAJLA-

Tuesday, April 23, 2013

Kelabu asap, pedih lagi busuk!

My 2cent,

Aku rindu untuk menulis. Menulis cerpen dan certot. Menulis untuk menyentuh hati-hati manusia. Menulis sambil merakam kehidupan dunia ini. Tapi, kekangan masa tidak mengizinkan aku. Selepas aku punya masa dan ruang untuk menulis, jemariku seakan kaku untuk menaip. Benarlah, orang yang tidak membaca tidak mampu untuk menulis.

Teringat suatu hari lalu, ketika menelaah Majalah JOM! berkata Salim A.Fillah

"Jika menulis adalah satu misi, kita akan berdarah-darah untuk menulis!"

Zapppp! Terus tertampar diri sendiri.


"...Saya perasan wujud rakan-rakan dari kalangan mahasiswa yang rajin buat video, short filem dan sebagainya. Namun risau jika itu hanya dek kerana kita punya masa lapang senggang pelajaran kita.
Jadikanlah ini misi dan visi hidup.
Jika benar passion kita ada, rasa nak sumbangkan kepada Islam di ruangan ini pun tinggi, maka korbankanlah segala-galanya dan ceburilah bidang ini secara serius." Hilal asyraf

Bangggg! Tertusuk terus ke hati nurani.

Aku mula menulis ketika satu Mukhayyam di Gombak pada tahun lepas. Awalnya, menulis bukanlah bidang aku. Kontang idea. Tapi, Allah know best for me! Tika di mukhayyam itu aku diajar untuk menulis. Dengan rela hati aku menulis. Mencuba mencari logam pada lubuk diri untuk lapangan Islam. Alhamdulillah, beberapa certot telah dihasilkan. 

Namun sekarang, aku terpinga kembali. Benarkah ini logam aku? Mampukah aku membentuk logam ini pada boiling point yang betul untuk Islam?

Allahu! 

Teringat taujihat seorang ukhti Osem tahap super saiya,

"Berdoalah pada Allah agar nikmat idea untuk penulisan tidak ditarik-Nya"

Saat idea untuk menulis ditarik dari diri, rasakan! Rasakan susahnya hendak menulis hatta satu perenggan. Rasakan susahnya hendak berkarya walau satu strip.

Bantulah aku duhai sahabat, duhai teman. Bantu aku mencari apakah yang dapat aku sumbangkan secara terbaik untuk agama ini. 

Saat ini aku pilu. Aku hiba. Bagaikan aku ini buih-buih di lautan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Kelabu asap, pedih lagi busuk! Tidak jelas jalan hidup. Storyboard lari!

-NAJLA-

Monday, February 11, 2013

terima kasih cinta!

Bismillah , dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ,

Disini , saat ini , saya ingin lafazkan satu kata yang sering saya terlupa untuk lafazkannya .

Terima kasih .

terima kasih umi , abi besarkan saya walau perit lagi payah ,

terima kasih adik-adik , walau asyik kena marah ,

terima kasih keluarga kiri dan kanan , kerana sentiasa ada ,

terima kasih cikgu-cikgu di sekolah yang saya pernah belajar ,

terima kasih geng sekolah ,

terima kasih kawan saya Cik NFA , sebab doakan saya , saya tahu tu ,

terima kasih kawan saya Cik NNs , sebab banyak bagi pengajaran pada saya , kesian awak kena berdepan dengan saya ,

terima kasih kawan-kawan course saya , sebab bantu saya semakin dekat dengan Allah , walau saya sering terlupa ,

terima kasih Encik Biskut (ladies ye actually) sebab selalu bagi saya peringatan ,

terima kasih masa lalu , sebab saya sekarang mampu berfikir atas landasan Quran dan Sunnah ,

terima kasih Uztz M sebab menasihati saya ,

terima kasih Uztz H sebab perli saya , saya tak perasan pon , hehe ,

terima kasih senior sebab tak jemu tarik saya ,

terima kasih roomate saya Cik I , sebab sudi jadi roomate saya ,

terima kasih warga Hidayah , sebab sudi terima saya ,

terima kasih pada usrah saya yang sentiasa cintakan saya , hehe

terima kasih pada semuanya dari A-Z ,

kerana dengan semuanya saya berada dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ,

kerana dengan semuanya saya semakin kenal siapa diri saya yang sebenarnya ,

terima kasih Allah kerana perancangan-Mu yang sungguh unik dan ajaib ,

perlahan-lahan Kau persiapkan diriku menjadi hamba-Mu yang sedar dan faham ,

kerana Kau menemukan aku dengan orang dan jalan untuk aku dekat dengan-Mu Ya Allah ,

sungguh hebat , ajaib , unik , osem plan-Mu Ya Allah ,

terima kasih aku ucapkan Ya Allah .

"Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari) 

Just a word .

Syukur .

Alhamdulillah .

Too much things to be thanks .

Maka , tegarkah lagi aku menjadi hamba yang tidak tahu malu dan syukur ?

Mari! Menjadi hamba-Nya yang bersyukur .

Teruskan sujud .

Teruskan tunduk .

Teruskan menyebarkan rasa cinta ini .

Tanda syukur .

-Najla-

Tiada yang faham betapa terasa osem sgt perasaan ini . perasaan berada dalam tarbiyah . walau terpaksa merempuh jahiliyah (it still here act.) . jeles dengan mereka yang dalam perut pon dah dengar perkataan usrah , tarbiyah , dakwah . tapi , perancangan Allah itu unik kan ? sayang-Nya Dia pada aku . walau aku selalu lupa , leka , alpa . Allahu . astaghfirullah azim . 

Thursday, February 7, 2013

Cuti dan tv

       Hari ini , langit berwarna kelabu , awan bergerak perlahan , angin menderu laju . Sejuk . Pahi hujan . Tengahari hujan . Petang hujan . Malam ? Belum menjelma lagi . Moga Allah kurniakan malam yang bermanfaat hari ini .

    Cuti . Sinonim dengan futur . Lemah iman . Bagaikan isi dan kuku . Sudah hari ke-14 . Bagaikan sudah 140 tahun bagi diri ini .

    Seronok . Seronok tonton tv . Seronok bermalam-malam di hadapan tv . Gossip girl , Jane by Design , CSI , City Hunter , Upin Ipin . Gambaran warna warni menghiasi hati waktu cuti .

    Sampailah saat ini . Kosong . Terasa lompong . Sedih . Sedih dengan diri sendiri .

    Maka , benarlah . Jiwa kosong tanpa isian rohani . Mereka yang leka terus mencari selain Ilahi . Hiburan , pakaian , kemewahan , wang , perempuan . Tapi , tak pernah cukup . Mereka terus mencari . Terus mencari . Tamak . Sebabnya , hati ini dari Ilahi , maka penuhi haknya dengan pengisian rabbani .

   Salah sendiri . Muslim part time kah aku ?

    Aku manusia yang jelas tujuan kehidupan lelah dalam debu cuti , habuk dunia . Jika begitu , benarkah aku jelas dengan tujuan hidup ini ? Layakkah digelar hamba-Nya yang bersyukur ?

    Duhai diri ,

    Yang akan dapat belajar dari kekuasaan Allahu Rabbi dan rezeki dari langit hanyalah mereka yang kembali kepada Allah . Maka , sujudlah . Kembali kepada Yang Maha Esa . Ikhlas . Sucikan ibadahmu kepada-Nya .

   Seusai sujud , ingatlah wahai diri , berilah peringatan kepada hari pertemuan . Justeru , usah dibiarkan diri dari terus hanyut dalam dadah dunia .

  "Bila ku jatuh , ku bangun kerna-Mu" - Najwa Latif

"Dalam sujud ku mensucikan Yang Maha Tinggi . Usai sujud tegarkah menjadi hamba yang angkuh di atas muka bumi?"
-Najla-

cuti . boring . rindu bulatan gembira 

Saturday, January 5, 2013

ukhuwwah teras kegemilangan

       Aku termangu . Kerusi besi di pondok menunggu bus dihenyak . Terasa terik bahang Sang Mentari mencucuk-cucuk kulitku . Peluh mula menitik-nitik . Namun aku terus disitu walau baju semakin basah bermandi peluh . Kulihat dia berjalan pergi . Sedikit pon tidak tertoleh kepadaku . Bukanlah dia tidak mengenaliku , malah sudah acap kali bertemu , bercanda .

     Dialah Ukhuwwah . Tanpanya aku ibarat satu jisim yang tiada guna . Jisim yang bergerak di atas muka bumi tanpa manfaat . Hanya menambah kotoran-kotoran yang terlukis di peta dunia . Ukhuwwah berlalu pergi dariku . Angin yang menyapa cuping telingaku menyatakan dia , Ukhuwwah sudah berpaling hati dariku . Mungkin , disebabkan pergaulanku bersama Iman . Mungkin .

     Aku , Insan bersama Ukhuwwah dan Iman . Seantero dunia mengenali kami . Akrab . Tidak betah berpisah . Sentiasa bersama . Bila bertiga kerap kali mengonggoli kejayaan dan kegemilangan . Awalnya , aku berkasih rapat bersama Iman . Setiap hari terasa seperti menempuh himpunan bunga mawar yang merah menyala bersama bunga tulip yang cantik ukirannya . Harumnya , ahh tidak dipertikaikan lagi indah menwangi .

     Kemudian , datang Ukhuwwah mewarnai jalan-jalan hidup . Bersamanya , aku dan Iman bertambah erat . Kemana sahaja destinasi pasti bertiga . Dimana ada Iman , di situ ada Ukhuwwah . Dimana ada Ukhuwwah pasti ada aku . Dimana ada aku mesti ada Iman .

      Namun , itu dahulu . Kini , tatkala aku semakin ralit mengukir corak di tepi pantai , aku semakin punya jarak dengan Iman . Ukhuwwah turut jauh dariku . Setiap detik makin jauh . Dan menjauh . Sehingga tidak terjangkau dek tangan kerdil ini .

       Tatkala aku sedar aku sunyi tanpa Ukhuwwah , terasa kosong tanpa Iman aku sudahpon rapuh . Hari-hari mendatang bagaikan menelan debu kering . Tidak mengenyangkan , menghambarkan jalan kehidupan . Sering terjatuh dalam perjalanan . Luka kecil bagaikan barah yang parah .

      Tapi , aku bukan seorang yang lembik . Akanku bersama semula Iman , akanku dakap kembali Ukhuwwah . Bersama mereka lami akan menuju akhirat yang abadi , syurga yang hakiki , kegemilangan yang bersinar .

      Ukhuwwah lillah lahir dari iman yang suci . Rapuhnya ukhuwwah , rendahnya iman (iman tahap longkang weyh!) Serendah-rendah ukhuwwah itu brlapang dada . Jika itu pon x mampu , iman kita tahap mana ? (tahap pembentung bawah tanah la sis!)

NAJLA

P/s : nikmat kesihatan Allah tarik sekejap dan beberapa kali minggu ni . Peringatan buat hamba-Nya yang selalu leka dan alpa dengan dunia yang hanya gurauan . Doakan dipermudahkan urusan peperiksaan final sem . Moga tidak menjadi fitnah pada agama ini .