KEMBARA
CINTA KAMPUS
Dadanya
berombak kencang . Nafasnya menderu deras . Semangatnya tinggi melangit .
“Never underestimate the power
of making connections and building relationship with people before asking them
to follow you!”
Bersemangat ku lihat motivator
itu berkata-kata .
“Leaders touch a heart before
they ask for a hand”
Setiap
bait kata-kata motivator itu memberi kesan ke dalam benak fikiranku . Ahh , sebaik
sahaja aku jejakkan kaki di kampus nanti akan aku praktikkan . Aku ingin
mengajak manusia berada dalam kebaikan amnya dan kembali mengamalkan Islam
sebagai cara hidup khususnya .
Terik
mentari di luar jendela salah satu kelas di AL-Amin Gombak tidak mematahkan
semangatnya untuk terus setia mendengar bait-bait kata motivator itu . Orangnya
yang tinggi berbadan sedikit gempal terus menarik minatnya menjadi orang Islam
yang sentiasa mengajak kearah kebaikan setiap masa . Sungguh aku merindui
keadaan di mana islam dipraktikkan dalam segala aspek . Bukan sekadar solat ,
zakat , puasa dan nikah . Semangat!
***
“Pertama
kali saya melihat kamu , saya dapat lihat ada potensi dan bakat yang pada diri
kamu . Saya yakin kamu boleh berjaya suatu hari nanti” ujar Ustaz Saiful Islam
. Lembut sahaja kata-katanya . Persis seorang abang yang kasih akan adiknya .
Ahh , kalaulah aku ada abang , bolehlah aku jadikan tempat mengadu meminta
kasih sayang . Ya Allah , aku nak abang!
“Kamu ada berapa adik
beradik?”
“Lapan” perlahan sahaja aku
menjawab . Masih cuak berdepan dengan pensyarah subjek Kemahiran Al-Quran aku
ini , walaupun tutur katanya lembut bersahaja . Lumrah orang yang bersalah .
Tiada kekuatan berdepan kebenaran . Aku terperangkap dalam lumpur yang aku
calit sendiri ke badanku .
“Kamu anak ke berapa? Jangan
takut . Anggaplah saya seorang abang yang sedang membantu adiknya” Mungkin
reaksi aku terlalu nyata .
“Sulung”
“Berat tanggungjawab sebagai
anak sulung . Kamu menjadi harapan tertinggi kedua ibubapa kamu . Adik-adik melihat
, mengikuti jejak langkah kamu . Jika kamu terus begini rasanya apa yang ibu
bapa kamu akan rasa?” Hatiku pedih . Kebenaran sungguh menyakitkan . Tak
tertahan sakitnya .
“Nanti mereka sedih”
“Kamu sanggup lihat mereka
sedih?”Soalan cepumas .
“Tak…” Perlahan aku menjawab .
Kolam airmata mula mencurahkan isinya .
“Saya tak memaksa kamu . Saya cuma
minta kamu fikirkan yang terbaik buat kamu , ibu bapa kamu , keluarga kamu dan
masa depan kamu . Hidup bukan setakat di sini . Realiti kehidupan masih panjang
lagi . Pilihlah yang terbaik . Yang baik untuk kamu , agama , keluarga dan juga
si dia”
“Jika ada apa-apa masalah
janganlah malu untuk bertanya kat saya . Anggap saya abang kamu” Ya Allah ,
wujud lagi rupanya insan yang berhati mulia . Insan yang sanggup membantu orang
lain yang tiada pertalian darah , hanya pertalian pensyarah dan anak muridnya saja
.
Ya
Allah , aku teringin miliki seorang abang . Agar waktu-waktu sesak begini dia
hadir menemani ku . Melindungi aku dari sebarang cinta ilusi . Menghulurkan
bahunya untuk aku mengalirkan kolam air mata . Kenapalah aku sering ada masalah
. Aissshhh .
Langkahku
lemah saat keluar dari bilik pensyarahnya itu . Pensyarah muda . Ramai anak
didiknya yang tergila-gilakan dia . Punya pakej yang lengkap . Rupa paras yang
menarik , tinggi lampai , extranya , mahir bertarannum . Nasib sudah beristeri
. Mungkin untuk menghindarkan fitnah .
Suasana
malam yang dingin dan nyaman itu langsung tidak terkesan di hatinya . Kata-kata
Uztaz Saiful Islam terus menari-nari di kotak pemikirannya . Neuron-neuron
terus berlari-lari di serata otaknya . Apa yang harus aku lakukan! Arghh! Aku
sayang dia! Tapi ini bukan caranya!
***
Sayup-sayup
kedengaran suara alunan ayat suci al-Quran . Al-Quran , kitab suci umat Islam .
Menjadi panduan dan bimbingan dalam menelusuri kehidupan duniawi ini . Lunak
bacaannya . Indahnya . Kesejukan pagi seusai subuh menambah rasa nyaman di
kalbu . Bukan senang untuk berada seperti di saat ini . Pagi dihiasi dengan
ayat-ayat suci al-Quran . Kemudian , dicorakkan dengan aktiviti ilmiah ,
bekalan dunia dan akhirat . Petang waktu bersuka ria bersama rakan-rakan .
Apabila hari ingin melabuhkan tirainya ditutupi dengan alunan ayat suci
al-quran juga . Jiwa terasa tenteram dengan keadaan begini .
“Aaaaeeeeeoooooouuuuuu …
aaaaaaaaeeeeeeeooooouuuuu .. peserta perempuan turun! haha” Kedengaran bunyi
siren buatan peserta lelaki . Kelakar
bunyinya . Tergelak ku sendirian di dewan . Terlelap rupanya . Inilah penangan
ketenangan di waktu dinihari . Tak sangka menjangkau masa untuk sukan pagi .
Aktiviti yang paling tidak digemari peserta perempuan dalam program ini .
Adatlah tu . Sudah tiga hari aku berprogram di sini , Sekolah Al-Amin Gombak .
Program untuk melatih diri menjadi pemimpin yang berjaya dunia , cemerlang
akhirat . Di sini juga aku menambah kenalan baru . Melatih diri menjadi seorang
yang lebih mesra .
Segera
aku bangun siapkan diri untuk turun ke gelanggang bola keranjang . Tempat semua
peserta berkumpul . Walaupun lambat , hakikatnya aku antara peserta perempuan
yang awal turun . Ampunlah fasi , kaum hawa ni lemah sikit bersukan . Jangan
dimarahi kami. Walaupun program ini melibatkan dua jantina yang berbeza ,
pergaulan masih dipelihara . Masih lagi berlandaskan al-quran as-sunnah . Orang
beriman sewajibnya mematuhi panduan yang ditunjukkan di dalamnya .
Teringat
suatu ketika dulu , zaman dimana kematangan akal berfikir diragui . Aku berazam
menjadi gadis tomboy . Gadis yang tampak gagah fizikalnya . Waktu itu , aku
suka jika ada yang tak menyenangi diri ini . Kawan? Maaflah , aku tidak
berminat untuk membina tali silaturrahim dengan sesiapa . Sungguh , zaman
persekolahan yang tidak menggembirakan . Tiada kenangan manis untuk di layarkan
semula di kotak fikiran .
Dikenang
semula memori zaman persekolahan yang tiada corak berwarna warni , hanya hitam
putih yang terzahir . Ahh , itu semua dulu . Biarlah menjadi pengajaran buat
diri ini . Tiada gunannya mengenang kisah lalu . Hidup mesti diteruskan . Kisah
semalam dijadikan azimat untuk terus maju pada hari ini dan inspirasi bagi hari
esok!
Perjuangan
hari ini mesti diteruskan . Bumi ini dan pemiliknya menuntut aku untuk terus
mengajak manusia sekalian alam kembali mengerjakan kebaikan . Hatta , itu
fitrah manusia . Sukakan kebaikan .
***
“Aku
hairanlah”
“Hairan
kenapanya?”
“Orang
lain datang ke Kuala Lumpur ni biasanya makin lupa diri , hanyut dengan
keseronokan dunia . Tapi kau pula sebaliknya . Hairan , hairan “ Azira
meluahkan kehairanannya .
“Laa
, apa yang nak dihairankan . KL tu pon tempat manusia juga , bukannya tempat
haiwan” seloroh ku . Malas hendak dilayan sebenarnya .
“Apa
yang buat kawan aku yang lama ni jadi orang baru? Macam mana hubungan kau
dengan laki tu”
Teeeeet!
Aku dah agak dah soalan ni akan terpacul juga dari mulut rakan baiknya itu .
Bukan tiada keinginan untuk menjawab , Cuma tidak mahu memori lama yang cuba
dihapuskan dari ingatan bertandang kembali .
“Kalau
Allah nak kasi hidayah tu bila-bila je boleh berlaku . Anytime , anywhere .
Tiada siapa boleh halang” Balasku . Sebolehnya tidak mahu membuka cerita lama .
Cerita kejahilanku . Cerita kebodohanku .
“Tu
semua orang tahu! Mengelat nak jawab ea . Sampai hati ..” Sedepa muncung Azira
. Alahai kawan , hilang kecantikan kau bila buat macam itu .
“Iyalah
, iyalah . Aku cerita . Macam ini , selepas aku kena tegur dengan Uztaz Saiful
Islam , aku mula rasa jauh hati dengan dia . Mak aku pun dah bising bila tengok
keputusan exam aku teruk . Rakan-rakan sebilik aku pun rasa tak senang dengan
hubungan aku dengan mamat tu . Bila sampai KL , kita kan sibuk dengan tutorial
yang berlambak , lab report yang tak bersudah , test yang tercapai akal , masa
tu aku dah kurang berinteraksi dengan dia , banyak masa habis dengan study .
Masa tu aku rasa selesa dengan keadaan tu . Aku makin jauh dengan dia . Aku
dekatkan diri dengan budak-budak baik stok ustazah . Diorang yang banyak kasi
nasihat bila aku duduk-duduk dengan mereka . Aku suka dengan cara mereka . Tak
memaksa dan tak mengungkit kesalahan aku . Aku suka! Bila diorang ajak pergi
kuliah agama aku ikut jelah . Lama-lama aku lekat . Aku rasa gembira bila pergi
kuliah agama .”
“Wahhhhh
, habis tu macam mana dengan dia ?”
“Bengang
laa . Tapi nak buat macam mana lagi , aku taknak teribat dengan cinta yang
takde kesudahan yang pasti . Buang masa . Sekarang ini aku nak tumpukan dengan
jalan yang aku pilih ini , bawa orang ramai kembali kepada Islam yang sebenar ,
Islam sebagai cara hidup , bukan sekadar solat dan di masjid sahaja . Kalau ada
jodoh , aku terima , tapi mungkin lepas habis belajar .”
“Kau
kahwin nanti jangan lupa jemput aku tahu! Aku nak jadi pengapit!”
“Hehe
. Azira , lambat lagilah . Kau tu bila?”
“Hehe
. Calon takde lagi macammana nak kahwin . Haha”
Indahnya
bersahabat tanpa berkepentingan peribadi . Manisnya . Bersahabat yang mana bila
sesat dia tarik semula ke jalan yang lurus . Bila terjatuh , dia menghulurkan
tangan membantu . Bila hati berkecamuk , dia datang menghiburkan keadaan .
***
Badan
terasa letih yang teramat sangat . Hari sudah masuk hari ke-10 aku berkampung
di sini . Hubungan dengan kawan-kawan baru kenal semakin erat . Walaupun usia
perkenalan tidak menjejak berbulan lamanya , mereka sedikit pun tidak lokek
untuk membantu . Membantu agar terus kuat dalam jalan yang telah aku pilih ini
. Jalan menuju syurga Allah , tuhan yang satu . Jalan ini menuntut aku agar
terus menerus mengajak orang di sekeliling aku kembali kepada Islam secara gaya
hidup yang total . Ilmu yang diberi juga semakin menebal di dada . Namun , apa
gunanya ilmu yang meninggi setinggi Eiffel Tower jika hanya tercatit rapi didalam
buku nota tanpa sebarang amali .
Pengalaman
lalu , ahhh biarlah aku simpan dalam lipatan kisah hidupku . Bukan bererti
melupakan , tapi biarlah menjadi peringatan di saat aku terleka , menjadi
iktibar di waktu aku lalai . Doaku agar tiada yang mengungkit kembali kisah itu
. Sekarang , aku mengejar cinta yang lebih agung . Cinta kepada pemilik alam
semesta . Cinta yang lebih mahal , yang harus kubayar dengan kehidupan dunia sementara
ini . Alangkah nikmatnya!
Universiti
Malaya! Nantikan kedatangan ku! Akan ku kibarkan panji-panji Islam di segenap
ceruk universiti tertua itu . Akan ku praktikkan ilmu yang ku pelajari . Biar
bumi itu menjadi bukti kecintaan aku terhadap ilmu-ilmu Maha Pencipta . Biar
bumi itu menjadi saksi di akhirat kelak , aku sudah menjalankan kerja aku .
Kerja sebagai seorang pencinta tuhannya , Allahu Rabbi . Allahu akbar! Allah
Maha Besar!
NAJLA
-sebarang kritikan membina digalakkan .. Ni kes takde pengalaman nak cari pengalaman >.<