Tuesday, April 23, 2013

Kelabu asap, pedih lagi busuk!

My 2cent,

Aku rindu untuk menulis. Menulis cerpen dan certot. Menulis untuk menyentuh hati-hati manusia. Menulis sambil merakam kehidupan dunia ini. Tapi, kekangan masa tidak mengizinkan aku. Selepas aku punya masa dan ruang untuk menulis, jemariku seakan kaku untuk menaip. Benarlah, orang yang tidak membaca tidak mampu untuk menulis.

Teringat suatu hari lalu, ketika menelaah Majalah JOM! berkata Salim A.Fillah

"Jika menulis adalah satu misi, kita akan berdarah-darah untuk menulis!"

Zapppp! Terus tertampar diri sendiri.


"...Saya perasan wujud rakan-rakan dari kalangan mahasiswa yang rajin buat video, short filem dan sebagainya. Namun risau jika itu hanya dek kerana kita punya masa lapang senggang pelajaran kita.
Jadikanlah ini misi dan visi hidup.
Jika benar passion kita ada, rasa nak sumbangkan kepada Islam di ruangan ini pun tinggi, maka korbankanlah segala-galanya dan ceburilah bidang ini secara serius." Hilal asyraf

Bangggg! Tertusuk terus ke hati nurani.

Aku mula menulis ketika satu Mukhayyam di Gombak pada tahun lepas. Awalnya, menulis bukanlah bidang aku. Kontang idea. Tapi, Allah know best for me! Tika di mukhayyam itu aku diajar untuk menulis. Dengan rela hati aku menulis. Mencuba mencari logam pada lubuk diri untuk lapangan Islam. Alhamdulillah, beberapa certot telah dihasilkan. 

Namun sekarang, aku terpinga kembali. Benarkah ini logam aku? Mampukah aku membentuk logam ini pada boiling point yang betul untuk Islam?

Allahu! 

Teringat taujihat seorang ukhti Osem tahap super saiya,

"Berdoalah pada Allah agar nikmat idea untuk penulisan tidak ditarik-Nya"

Saat idea untuk menulis ditarik dari diri, rasakan! Rasakan susahnya hendak menulis hatta satu perenggan. Rasakan susahnya hendak berkarya walau satu strip.

Bantulah aku duhai sahabat, duhai teman. Bantu aku mencari apakah yang dapat aku sumbangkan secara terbaik untuk agama ini. 

Saat ini aku pilu. Aku hiba. Bagaikan aku ini buih-buih di lautan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Kelabu asap, pedih lagi busuk! Tidak jelas jalan hidup. Storyboard lari!

-NAJLA-

3 comments:

  1. Allah hai najla, sekarang ni kau tengah bz dgn benda lain. kau untung, bkn je ada bakat menulis, tp ada bakat lain jugak. ada sorang ukhti ni pernah ckp, "ada 1 masa tu kita akn berada di tahap domain.(x sure ape word tu, domain ke?) maksudnya tetap@statik. tp lepas tu, biasanya graf akan meningkat.". mungkin ni saatnya Allah menguji keikhlasan. Insyaallah, logam masih boleh dicungkil !

    ReplyDelete
  2. najla, anda beruntung maka bersyukurlah! dimana anda diberi kelebihan untuk menulis disamping mahir dalam bidang lain (saya kira). teruskanlah mengasah bakat penulisan anda! saya lihat bakat anda semakin menyinar. In sha Allah :)

    ReplyDelete